Page 128 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 128
4.2.3 Paragraph Headings dalam HTML
Paragraph headings mengarahkan pelayar web
supaya memaparkan teks dengan saiz yang
tertentu. Terdapat enam saiz yang bermula
dengan saiz teks yang terbesar sehingga
yang terkecil. Paragraph headings boleh
digunakan untuk teks di bahagian tajuk atau di
bahagian utama laman sesawang. Rajah 4.13
menunjukkan enam saiz paragraph headings
yang dipaparkan sebagai satu laman sesawang
oleh pelayar web.
Penggunaan paragraph headings adalah
penting kerana paragraph headings dapat Rajah 4.13 Paparan saiz paragraph headings
menunjukkan struktur sesuatu laman sesawang pada pelayar web
dengan teratur. Heading 1 harus digunakan sebagai tajuk utama, diikuti oleh tajuk
Heading 2 dan seterusnya. Penggunaan paragraph headings memudahkan pembacaan
kerana teks telah dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang kecil di bawah sesuatu tajuk.
Rajah 4.14 menunjukkan langkah-langkah mengatur cara HTML untuk mendapatkan paparan
laman sesawang yang ditunjukkan dalam Rajah 4.13.
Pilih menu File > Save As untuk Buka folder HTML Saya. Dwiklik
menyimpan dokumen anda dalam fail Headings.html untuk
folder HTML Saya. Namakan membukanya dalam pelayar web.
dokumen anda Headings.html
Rajah 4.14 Langkah-langkah mengatur cara HTML untuk menghasilkan enam saiz paragraph headings
119
BAB 4 Kod Arahan
UNIT04_4.2_111-130.indd 119 11/11/16 2:45 PM

