Page 125 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 125

Aktiviti Berfikir
                   Aktiviti Berfi kir 4.4
                      Individu
                                       Melakar papan cerita laman sesawang


                  1.  Lawat laman sesawang untuk mendapat maklumat lanjut tentang melakar papan cerita.
                  2.  Kumpulkan semua maklumat dan kandungan yang perlu untuk membangunkan
                     laman sesawang bagi satu topik yang dipilih.
                  3.  Lakarkan satu papan cerita yang lengkap mengenai pembinaan laman sesawang tersebut.










                4.2.2   Tag dalam HTML


               HTML ialah  bahasa pengaturcaraan yang menggunakan  kod-kod arahan yang dipanggil
               tag HTML. Tag-tag ini mudah difahami dan ditulis dalam bahasa biasa. Pembinaan atur cara
               HTML tidak perlukan perisian yang khusus. Tag HTML boleh ditaip dengan menggunakan
               perisian aplikasi  Notepad dan menyimpan fail tersebut sebagai fail  HTML (.html).
               Bagaimanakah anda boleh memaparkan perenggan di bawah dalam pelayar web?




                    Kelebihan Buah-buahan Tempatan.
                    Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat.
                    Buah-buahan tempatan juga murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang
                    diimport.
                    Kebanyakan buah-buahan tempatan boleh didapati sepanjang tahun.



                   Tag HTML tidak sensitif huruf. Tag HTML boleh ditulis dalam huruf besar atau huruf
               kecil. Maksudnya, <BODY> mempunyai kesan yang sama dengan <body>.


                                      Tag html ditulis dalam kurungan <  >.
                                      Tag html wujud dalam pasangan.

                                      Tag awal <  > dan tag akhir < / >.








                 116
                        BAB 4  Kod Arahan





       UNIT04_4.2_111-130.indd   116                                                                   11/11/16   2:45 PM
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130