Page 92 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 92

Aktiviti Berfikir
                          Aktiviti Berfikir
                          Aktiviti Berfi kir 3.3
                               Berkumpulan
                             Penggunaan jenis struktur kawalan mengikut situasi ulangan
                  Semasa  ujian  SEGAK  di  sekolah,  murid-murid  diminta  melakukan  latihan  senaman
                  yang berikut.
                            Bangkit tubi       – lakukan 10 kali.
                            Naik turun bangku  – lakukan seberapa banyak kali yang boleh.
                            Tekan tubi         –  lakukan seberapa banyak kali yang boleh, tetapi
                                                 sekurang-kurangnya sekali.

                  1.  Kaji situasi pengulangan dalam setiap latihan senaman.
                  2.  Lakukan sumbang saran untuk menentukan jenis gelung ulangan yang sesuai digunakan
                      untuk setiap latihan.
                  3.  Hasilkan algoritma dalam bentuk carta alir dan pseudokod untuk menunjukkan cara
                      pengulangan bagi setiap latihan.
                  4.  Bentangkan hasil dapatan kumpulan dalam kelas dengan bantuan perisian
                      persembahan.
                  5.  Pembentangan anda harus mempunyai:
                      (a)  sebab pemilihan bagi jenis gelung yang digunakan.
                      (b)  algoritma dalam bentuk carta alir dan pseudokod.




                  3.1.3   Pengesanan Ralat yang Terdapat dalam Pseudokod dan
                           Carta Alir

                 Ralat bermaksud kesilapan atau kesalahan yang menyebabkan sesuatu algoritma atau atur cara
                 tidak berfungsi seperti yang diharapkan atau mengeluarkan output yang salah. Jenis ralat yang
                 biasa dijumpai dalam algoritma ialah ralat logik, iaitu ralat yang menyebabkan sesuatu algoritma
                 tidak menghasilkan output yang diingini. Ralat logik boleh terjadi apabila tindakan atau langkah
                 yang salah diminta untuk dilaksanakan atau urutan pelaksanaan tindakan tidak betul. Oleh itu,
                 ralat logik adalah disebabkan oleh kesilapan manusia semasa pembangunan algoritma.
                    Setelah suatu algoritma disiapkan, semakan semula harus dijalankan untuk mengesan
                 sebarang ralat yang mungkin wujud dan membuat penambahbaikan terhadap algoritma itu.
                 Rajah 3.28 menunjukkan dua teknik semakan semula yang biasa digunakan.



                           Semakan semula juga dikenali sebagai semakan kualiti (quality check)





                  Teknik semakan meja (desk check)           Teknik langkah demi langkah (step through)


                                           Rajah 3.28  Teknik-teknik semakan semula
                                                                                                   83
                                                                               BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   83                                                                      11/11/16   2:46 PM
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97