Page 87 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 87
Aktiviti Berfikir
Aktiviti Berfi kir 3.2
Individu
Melukis carta alir dan menulis pseudokod
Algoritma ini mengira komisen jualan bulanan yang diterima oleh seorang jurujual
komputer berdasarkan jadual komisen berikut:
Jualan Bulanan (RM) Komisen
50 000 dan ke atas 15% daripada jualan
40 000 dan ke atas tetapi kurang daripada 50 000 12% daripada jualan
30 000 dan ke atas tetapi kurang daripada 40 000 8% daripada jualan
20 000 dan ke atas tetapi kurang daripada 30 000 5% daripada jualan
Kurang daripada 20 000 3% daripada jualan
Algoritma:
1. Masukkan jualan bulanan.
2. Jika jualan 50 000, setkan komisen kepada 15%
3. Jika jualan 40 000, setkan komisen kepada 12%
4. Jika jualan 30 000, setkan komisen kepada 8%
5. Jika jualan 20 000, setkan komisen kepada 5%
6. Jika jualan 20 000, setkan komisen kepada 3%
7. Kira komisen jualan × komisen ÷ 100
8. Paparkan komisen
Lukis carta alir dan tulis pseudokod untuk mewakili algoritma ini. Anda mesti menggunakan
struktur kawalan pelbagai pilihan dalam carta alir dan pseudokod anda.
3.1.2 Pseudokod dan Carta Alir yang
Melibatkan Struktur Kawalan Ulangan
Lawat laman sesawang ini
La w at laman sesa w ang ini
untuk mengetahui lebih Kebiasaannya, kita akan mendapati langkah-langkah algoritma
lanjut tentang struktur yang dilaksanakan perlu dilakukan secara berulang kali.
kawalan UNTUK. Bahagian algoritma yang mengandungi langkah-langkah yang
berulang dikenali sebagai gelung (loop). Setiap gelung ulangan
dipanggil lelaran (iteration).
Struktur kawalan ulangan ada pelbagai jenis bergantung
kepada cara pengulangan langkah dalam algoritma. Tiga jenis
struktur kawalan ulangan yang sering digunakan ialah struktur
http://goo.gl/B1z8xC kawalan UNTUK (FOR), SELAGI (WHILE) dan ULANG–
SEHINGGA (REPEAT–UNTIL).
78
BAB 3 Algoritma
UNIT03_3.1_70-91.indd 78 11/11/16 2:46 PM

