Page 158 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 158
Tingkah Laku Antisosial
enurut Kamus Dewan Edisi Keempat, antisosial bermaksud sikap seseorang yang
tidak suka bergaul dengan orang lain serta bersifat individu. Sikap mengasingkan
Mdiri daripada bergaul dengan orang lain dalam apa-apa jua keadaan terutama ketika
bersama dengan keluarga dan jiran juga merupakan satu bentuk tingkah laku antisosial. Tingkah
laku antisosial ini bertentangan dengan peraturan atau adat dalam sesebuah masyarakat.
Apakah Jenis-jenis Tingkah Laku Antisosial?
Ü Tidak gemar berkawan dan berjumpa dengan orang
Menyendiri ramai.
Ü Bersendirian.
Memberontak Ü Selalu memprotes segala arahan yang diberikan.
Ü Tidak gemar mematuhi peraturan.
Jenis-jenis
Tingkah Ego yang tinggi Ü Sentiasa merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.
Laku Ü Sering mempersoal keupayaan orang lain.
Antisosial
Sentiasa
merasakan Ü Akan meletakkan kesalahan pada orang lain.
dirinya betul Ü Memandang rendah keupayaan orang lain.
Degil yang tidak Ü Cenderung kepada perbuatan vandalisme.
terkawal Ü Tidak suka bersosial.
Contoh Tingkah Laku Sosial yang Baik
Bersosial Hormat-menghormati
✔ Menjalinkan semangat setia kawan ✔ Menunjukkan rasa hormat sesama
sesama rakan. manusia tanpa mengira peringkat umur.
✔ Membantu rakan yang berada dalam ✔ Menggunakan nada suara yang rendah
kesusahan. apabila bercakap tanda menghormati
orang tersebut.
Rajin berusaha Muafakat
✔ Belajar dengan tekun dan bersungguh- ✔ Tolong-menolong dalam aktiviti
sungguh demi kejayaan. kemasyarakatan.
✔ Menjadikan persaingan dalam pelajaran ✔ Memupuk semangat bekerjasama.
sesuatu yang positif.
150 SP 5.1.1

