Page 159 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 159

Kesan Tingkah Laku Antisosial Terhadap Diri, Keluarga

            dan Masyarakat

             Tingkah laku antisosial bertentangan dengan peraturan atau norma-norma kehidupan. Tingkah
             laku ini membawa banyak kesan buruk kepada individu, keluarga dan masyarakat. Antara kesan
             tingkah laku antisosial adalah seperti yang berikut:





              Individu
              è  Remaja yang mempunyai masalah tingkah laku
                  antisosial ini kurang bijak membahagikan masa
                  antara pelajaran, keluarga dan rakan.
              è  Mereka lebih  suka melayari rangkaian media
                  sosial dan tidak melakukan aktiviti bersama-
                  sama rakan.

                                                                                                          PERHUBUNGAN



              Keluarga
              è  Remaja antisosial tidak mempunyai hubungan
                  yang rapat dengan ahli keluarga.  Mereka tidak
                  suka bergaul mesra dan melakukan aktiviti
                  bersama-sama keluarga.
              è  Ahli keluarga juga tidak mengetahui  masalah
                  yang dihadapi kerana tiada komunikasi yang
                  mesra antara mereka.




              Masyarakat
              è  Masyarakat memandang negatif terhadap
                  remaja yang antisosial. Remaja yang antisosial
                  tidak  terlibat  dengan  aktiviti  kemasyarakatan
                  seperti majlis perkahwinan, gotong-royong dan
                  aktiviti keagamaan.
              è  Keadaan ini akan mewujudkan masyarakat
                  yang  tidak  ambil  peduli  dan  masyarakat yang
                  menyisihkan golongan ini.




                     Bincangkan punca seseorang remaja bersikap introvert.



                                                                                      SP    5.1.2  151
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164