Page 162 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 162

6.0     Penyakit









                       STANDARD
                   PEMBELAJARAN

           ●  Menyatakan contoh, simptom dan tanda
               penyakit jangkitan seksual.
           ●  Membincangkan kepentingan pengesanan
               awal dan rawatan kepada pesakit jangkitan
               seksual.
           ●  Membincangkan kesan penyakit jangkitan
               seksual kepada diri, keluarga dan masyarakat.
           ●  Menjana idea amalan gaya hidup sihat untuk
               mencegah penyakit jangkitan seksual.




                 enyakit jangkitan seksual (sexual transmitted infections, STI)
                 adalah sejenis penyakit yang merebak melalui perlakuan seks.
          PSTI berjangkit antara individu menerusi sentuhan seksual atau
           hubungan seks yang tidak selamat (menerusi faraj, zakar, dubur atau
           seks oral). Pembawa bakteria seperti  Neisseria gonorrhoeae, Chlamydia
           trachomatis, Treponema pallidum, Haemophilus ducreyi dan bakteria lain
           yang boleh menyebabkan individu dan pasangan mereka mendapat
           penyakit jangkitan seksual (STI) seperti klamidia, gonorea, herpes genital,
           sifilis, ketuat genital, hepatitis,  human papilloma virus (HPV), HIV dan
           AIDS. Zaman remaja merupakan zaman mereka mempunyai keinginan
           untuk mengetahui anggota tubuh badan mereka. Keinginan terhadap
           aktiviti seksual turut menarik minat remaja tanpa mereka mengetahui
           akibat  perbuatan  mereka.  Situasi ini  menjerumuskan  remaja  kepada
           risiko penyakit kelamin selain kehamilan yang tidak dirancang.








                                                                            Chlamydia trachomatis








       154
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167