Page 30 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 30

BOLA KERANJANG








                       STANDARD
                      KANDUNGAN

           ●  Melakukan kemahiran bola keranjang
               dalam situasi permainan.
           ●  Mengaplikasikan pengetahuan konsep
               pergerakan dan strategi dalam permainan
               bola keranjang.
           ●  Mematuhi  dan  mengamalkan  elemen
               pengurusan dan keselamatan.
           ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
               kendiri semasa melakukan aktiviti.
           ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
               melakukan aktiviti.
           ●  Membentuk kumpulan dan bekerjasama
               dalam kumpulan.
           ●  Memahami dan mengaplikasikan etika
               dalam sukan semasa melakukan aktiviti
               fizikal.



                 ermainan bola keranjang merupakan sukan berpasukan yang pantas dan memerlukan
                 tahap ketangkasan, kepantasan dan masa reaksi yang tinggi. Pasukan bola keranjang
          PMalaysia tidak pernah terlepas daripada menyertai  Temasya Sukan SEA. Malahan
           sejak tahun 1977, pasukan bola keranjang wanita telah memenangi pingat emas sebanyak
           14 kali (Berita Harian, 2019). Nur Izzati Yaakob, Pang Hui Pin dan R. Kalaimathi adalah antara
           pemain dalam skuad kebangsaan yang memenangi pingat emas sukan SEA pada tahun
           2015 dan 2017. Dalam konteks permainan, pemain-pemain bola keranjang perlu menguasai
           kemahiran dan strategi serangan yang baik dalam usaha untuk melakukan serangan dan
           mengukuhkan pertahanan apabila diserang. Usaha untuk mempertingkatkan keupayaan
           serangan dan pertahanan ini boleh dilakukan melalui latihan yang sistematik dan
           mengukuhkan keupayaan komponen kecergasan fizikal. Antara kemahiran yang digunakan
           untuk melakukan strategi menyerang adalah seperti pick and roll dan pass and go. Sementara
           strategi bertahan pula, pasukan boleh menggunakan strategi satu lawan satu dan kawalan
           zon. Perancangan periodisasi latihan yang baik akan memantapkan lagi strategi serangan
           dan bertahan setiap pasukan.





        22
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35