Page 34 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 34

Pass and Go dalam Formasi 2-2-1

           ➤  Pass and go juga dikenali sebagai give and go atau satu-dua (one-two).
           ➤  Strategi serangan ini memerlukan pemain menggunakan kemahiran-kemahiran
               hantaran dada dan hantaran lantunan dengan tepat ke sasaran.
           ➤  Dalam formasi 2-2-1, empat pemain berada di luar garisan tiga mata dan seorang pemain
               berada dalam kawasan garisan tiga mata (low-post).
           ➤  Formasi serangan ini mempunyai kelebihan strategi serangan yang melibatkan  pass
               and go atau pass and cut ke low-post. Pemain yang tidak mempunyai bola akan sentiasa
               bergerak untuk mencipta ruang serangan dari luar. Pemain kelima pula berada dalam
               kawasan menjaring bagi mencipta ruang untuk menerima bola dan melakukan jaringan.
           ➤  Formasi ini memerlukan pemain yang menerima bola untuk memotong masuk ke dalam
               kawasan low-post dengan pantas.
           ➤  Pemain-pemain yang tidak mempunyai bola dapat bergerak dengan bebas. Formasi
               ini memberikan kelebihan sekiranya serangan balas dilakukan pasukan lawan kerana
               empat pemain yang berada di luar garisan tiga mata boleh bertahan dengan lebih cepat.


               Cara Bermain


           1  Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan.
           2  Setiap kumpulan diarah menggunakan formasi mengikut
               situasi permainan.
           3  Murid satu (M1) menghantar bola kepada murid tiga (M3).
           4  M3 menerima bola dan berpusing sebelum menghantar
               bola kepada murid empat (M4) sambil M3 berlari melepasi
               pertahanan lawan (pass and go).
           5  Murid dua (M2) dan murid lima (M5) akan bergerak untuk
               mengaburi pemain pertahanan lain.
           6  M4 dengan pantas menghantar kembali bola kepada M3
               yang melepasi pertahanan untuk membuat jaringan.





                 INFO EKSTRA


           Formasi 2-2-1: Formasi paling asas dalam strategi serangan. Seorang
           pemain penyerang  berada di zon serangan (low-post) dibantu oleh
           dua orang pemain tengah dengan dua orang lagi pemain sokongan.
           Pass and Go: Corak permainan, iaitu dua pemain bermain secara
           satu-dua (one-two) semasa melakukan serangan melepasi pemain
           pertahanan lawan. Ini merupakan teknik serangan pantas yang
           sangat berkesan.
           (Sumber: Rose. L. H., 2004)



        26     SP    1.3.1, 1.3.3, 5.1.1, 5.1.2, 5.4.2, 5.5.2
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39