Page 89 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
P. 89
bab 7 reka bentuk industri Pdi Malaysia berlaku dengan pesat pada
erkembangan bidang Reka Bentuk Industri
masa ini. Salah satu cabang dalam bidang reka
bentuk industri yang sangat ketara membangun
ialah reka bentuk perabot. Industri reka bentuk
perabot menyumbang kepada peningkatan
ekonomi negara melalui hasil rekaan yang
berkualiti. Reka bentuk perabot boleh
didefinisikan sebagai satu penghasilan
idea kreatif dalam menghasilkan
barangan yang bertujuan menyokong
anggota badan manusia dan juga
boleh dikaitkan sebagai barangan
yang membantu manusia dan haiwan
dalam aktiviti harian.
Objektif Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, murid boleh:
Menjelaskan peranan pereka reka
bentuk industri.
Membuat eksperimentasi dan Kata Kunci
penerokaan alatan dan bahan • Futuristik
dalam reka bentuk industri. • Lukisan unjuran
Mengaplikasi elemen dan konsep • Lukisan perincian
rekaan dalam reka bentuk industri.
Menghasilkan reka bentuk perabot
dengan menggunakan konsep
mudah alih.
Mempamerkan, menghayati dan
menjelaskan pengalaman sendiri
dalam penghasilan produk seni reka
bentuk industri.
78 79

