Page 105 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 105

97






                             TUGAS UTAMA (KHUSUS)

               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Menyedia  dan  melaksanakan  perancangan  strategik  sekolah  dan  pengurusan

                           takwim sekolah yang berkaitan dengan bidangnya.
                     2.    Membantu  PGB  merancang  dan  mengurus  pendidikan  yang  berkaitan  dengan
                           bidangnya.
                     3.    Membantu  PGB  menyelaraskan  dalam  hal-hal  yang  berkaitan  dengan  bidangnya
                           dengan  pihak  luar  seperti  berhubung  dengan  PPD  dan  JPN  tentang  apa  jua
                           maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
                     4.    Membantu menyelenggara dan menyelaraskan kutipan data maklumat dan segala
                           jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
                     5.    Membantu mengurus dan menyelaraskan pengurusan kewangan, akaun, perolehan

                           dan aset sekolah yang berkaitan dengan bidangnya.
                     6.    Menyelia kerja guru-guru di bawah bidang kawalannya.
                     7.    Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan murid yang
                           berkaitan dengan bidangnya.
                     8.    PGB boleh melantik GKMP menjadi penilai prestasi guru sekiranya ada keperluan.
                     9.    Memastikan pelaksanaan elemen nilai-nilai murni dan amalan mulia berlaku di bilik
                           darjah dan sekolah.


               (B)  PENGURUSAN KURIKULUM
                     1.    Bertanggungjawab  dalam  hal  kurikulum  dan  pentadbiran  yang  berkaitan  dengan
                           bidangnya.
                     2.    Mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Panitia mata pelajaran yang  berkaitan
                           dengan bidangnya.
                     3.    Membantu  menentukan  serta  mengagihkan  tugas-tugas  guru  mata  pelajaran  di
                           bawah bidang dan kawalannya.
                     4.    Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.

                     5.    Menentukan murid  dilatih  melaksanakan tugas-tugas  pengurusan  bilik  darjah  dan
                           menjaga keceriaannya.
                     6.    Memimpin guru menentukan dan merancang rancangan pelajaran tahunan/harian
                           dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
                     7.    Membantu PGB menyelia dan menilai keberkesanan PdP yang berkaitan dengan
                           bidangnya.
                     8.    Membantu melaksanakan pencerapan PdP guru secara berkala dan bimbingan yang

                           bersesuaian.
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110