Page 102 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 102

94






                     11.  Menyelia urusan kelab/persatuan dan sukan permainan.
                     12.  Menyelaraskan  penyertaan  murid  dalam  kokurikulum  di  peringkat  daerah,  negeri,
                           kebangsaan  dan antarabangsa.
                     13.  Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.

                     14.  Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru kokurikulum.
                     15.  Melaksanakan  pendaftaran  kelab  persatuan,  badan  beruniform  dan  sukan
                           permainan.
                     16.  Merancang dan meneliti kesesuaian program kelab persatuan dan sukan permainan
                           serta koakademik megikut kebitaraan sekolah dengan agensi luar (jika berkaitan).
                     17.  Mendokumentasi  segala  perjalanan  aktiviti  dan  surat  menyurat  dalam  fail  induk
                           pengurusan kokurikulum tingkatan enam.
                     18.  Memastikan perjalanan program mengikut yang telah ditetapkan.
                     19.  Menyimpan rekod pelibatan dan pencapaian dalam program yang dianjurkan oleh

                           MSSM, KPM, JPN, PPD dan bahagian.
                     20.  Menyelaraskan  pengurusan  kelab  persatuan,  badan  beruniform  dan  sukan
                           permainan.
                     21.  Menyelaraskan tugasan khidmat masyarakat dan sukarelawan.


                                 HM11 | Guru Penolong Kanan Prauniversiti


                                             (Sekolah Sukan Malaysia)

                      RUJUKAN
                i      Surat Pekeliling Pentadbiran Bil:3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan
                ii.    Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran
                       Bilangan 3/1967
                iii.   Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan
                       Lepasan Diploma
                iv.    Buku Panduan Sekolah Sukan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian) KPM 2018.

                              TUGAS UTAMA (UMUM)             sama  seperti  Guru  Penolong  Kanan  Tingkatan
                                                             Enam (HM10)

                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)             adalah seperti berikut:

               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Menyediakan  takwim,  kalendar  akademik  dan  senarai  pengurusan  tahunan  bagi

                           program prauniversiti.
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107