Page 104 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 104

96






               (C)   PENGURUSAN PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM-MSN
                     1.    Mengendalikan mesyuarat penyelarasan prauniversiti dari semasa ke semasa.
                     2.    Menyelaraskan proses penyerahan borang perjanjian untuk tujuan pemberian elaun
                           saku murid prauniversiti.

                     3.    Menyelaraskan pemberian tambang murid prauniversiti.
                     4.    Menyelaraskan kutipan yuran murid prauniversiti.
                     5.    Menyelaraskan program dan aktiviti prauniversiti.
                     6.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
                           semasa.



                                 HM12 | Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)

                            Bahasa/Sains & Matematik/Kemanusiaan/Teknik &
                                          Vokasional/Pendidikan Islam)

               RUJUKAN
                i     Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan
                ii.   Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran
                      Bilangan 3/1967.
                iii.   Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan
                      Lepasan Diploma.

                             TUGAS UTAMA (UMUM)


               1.    Mengendalikan  PdP mata  pelajaran  yang  ditetapkan  antara  22  waktu  hingga  30  waktu
                     seminggu  bagi  jadual  waktu  40  minit  satu  (1)  waktu  dan  29  waktu  hingga  40  waktu
                     seminggu bagi jadual waktu 30 minit satu (1) waktu.
               2.    Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran
                     semasa.
               3.    Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               4.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               5.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               6.    PGB  boleh  melantik  GKMP  memegang  portfolio  tanpa  jawatan  dan  menganggotai

                     jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
               7.    Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid
                     apabila  ada  aktiviti  di  luar  sekolah  seperti  di  masjid,  kompleks  sukan,  tempat-tempat
                     lawatan dan sebagainya.
               8.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109