Page 118 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 118

110






                     6.    Mengambil tindakan atau mencadangkan tindakan susulan terhadap laporan yang
                           berkaitan dengan kurikulum.
                     7.    Membantu  merancang  dan  menyelaraskan  hal-hal  yang  berkaitan  dengan
                           pentaksiran serta mencadangkan tindakan susulan.

                     8.    Membantu dalam pemilihan buku rujukan dan bahan Pusat Sumber Sekolah.
                     9.    Menghadiri mesyuarat kurikulum mengikut mata pelajaran yang berkaitan.
                     10.  Merekod dan mengumpul laporan aktiviti kecemerlangan pelajar Tingkatan Enam.
                     11.  Membimbing dan memastikan murid Tingkatan Enam melengkapkan kerja kursus
                           mengikut masa yang ditetapkan oleh MPM.
                     12.  Memastikan murid menduduki peperiksaan STPM, STAM dan MUET.
                     13.  Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.


               (B)  INTERAKSI DENGAN MURID DALAM BILIK DARJAH
                     Interaksi  dalam  bilik  darjah  sekurang-kurangnya  24  waktu  merangkumi  perkara  seperti
                     yang berikut:
                     1.    PdP mata pelajaran sekurang-kurangnya 16 waktu (sekurang-kurangnya lapan (8)
                           waktu Tingkatan Enam Bawah dan sekurang-kurangnya lapan (8) waktu Tingkatan
                           Enam Atas)
                     2.    Kokurikulum empat (4) waktu (dalam jadual)

                     3.    Kerja kursus sekurang-kurangnya empat (4) waktu atau empat (4) hingga lapan (8)
                           waktu (sekiranya melibatkan Tingkatan Enam Bawah dan Tingkatan Enam Atas).

               (C)   TUGAS LUAR BILIK DARJAH
                     Interaksi luar bilik darjah sekurang-kurangnya 14 waktu merangkumi perkara seperti yang
                     berikut:
                     1.    Persediaan guru sekurang-kurangnya empat (4) waktu
                     2.    Penyelidikan  guru  sekurang-kurangnya  tiga  (3)  waktu  (sekurang-kurangnya  satu
                           kajian/penyelidikan dalam setahun)

                     3.    Penilaian  dan  pentaksiran  sekurang-kurangnya  lima  (5)  waktu,  dan  penggubalan
                           item sekurang-kurangnya dua (2) waktu.

                     HM19 – GURU TINGKATAN ENAM (AMALI)

               (A)  PENGURUSAN KURIKULUM
                     1.   Mengajar (amali) sekurang-kurangnya 16 waktu seminggu.

                     2.   Menyelia kerja kursus/amali pelajar empat (4) waktu seminggu.
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123