Page 120 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 120

112






               (B)  PENGURUSAN KOKURIKULUM
                     1.    Merancang dan mengurus aktiviti kokurikulum sekolah.
                     2.    Menyedia anggaran perbelanjaan mengurus.
                     3.    Mengadakan mesyuarat pengurusan kokurikulum.

                     4.    Merancang dan menyediakan takwim dan jadual aktiviti kokurikulum.
                     5.    Memastikan dan mengurus pelibatan pelajar menyeluruh.
                     6.    Memastikan  dan  mengurus  sekolah  mengambil  bahagian  dalam  kegiatan
                           kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
                     7.    Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
                     8.    Memastikan  murid  melaksanakan  kokurikulum  160  minit  seminggu  yang  telah
                           dijadualkan.
                     9.    Menyelaraskan dan mengurus pemarkahan 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.
                     10.  Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum.

                     11.  Mengurus urusan kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan.
                     12.  Menyelaraskan  dan  mengurus  penyertaan  murid  dalam  kokurikulum  di  peringkat
                           daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
                     13.  Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.
                     14.  Menyelia dan mengurus pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru
                           kokurikulum.
                     15.  Mengurus pendaftaran kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan.

                     16.  Merancang  dan  meneliti  kesesuaian  program  kelab/persatuan,  badan  beruniform
                           dan sukan/permainan serta koakademik mengikut kebitaraan sekolah dengan agensi
                           luar.

               (C)  PENGURUSAN  KELAB  &  PERSATUAN,  BADAN  BERUNIFORM  DAN  SUKAN  &
                     PERMAINAN
                     1.    Mengurus pelibatan sekolah dan pelajar dalam kelab persatuan, badan beruniform
                           dan sukan permainan.
                     2.    Menyelaraskan, mengurus dan memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut

                           jadual.
                     3.    Mengurus  pengiktirafan  dan  penghargaan  kepada  guru  dan  pelajar  yang  telah
                           menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125