Page 119 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 119

111






                     3.   Bertanggungjawab  kepada  PGB  dan  GPK  Tingkatan  Enam  berkaitan  dengan
                          pengurusan amali bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Seni Visual, dan ICT.
                     4.   Mata pelajaran di bawah bidang tugas guru amali merangkumi mata pelajaran yang
                          berikut:

                             •  Physics, Fizik
                             •  Chemistry, Kimia
                             •  Biology, Biologi
                             •  Seni Visual, dan
                             •  Infomation and Communication Technology (ICT). Teknologi Maklumat dan
                                Komunikasi (TMK)
                     5.   Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                          semasa.


               (B)  PENGURUSAN AMALI
                     1.    Senarai tugas dan tanggungjawab guru amali Tingkatan Enam adalah sama seperti
                           guru  akademik  Tingkatan  Enam  (rujuk  bidang  tugas  guru  akademik  Tingkatan
                           Enam).
                     2.    Jika terdapat hanya seorang guru amali sains Tingkatan Enam, guru tersebut perlu
                           dilantik  sebagai  penyelaras  dan  bertanggungjawab  terhadap  pengurusan  makmal
                           sains Tingkatan Enam.

                     3.    Jika terdapat lebih daripada seorang guru amali sains Tingkatan Enam, seorang guru
                           perlu dipilih sebagai penyelaras makmal sains Tingkatan Enam.
                     4.    Jika  terdapat  guru  amali  Seni  Visual  atau  ICT,  guru  tersebut  bertanggungjawab
                           sebagai penyelaras terhadap makmal atau bilik mata pelajaran berkenaan.

                     HM20 – GURU TINGKATAN ENAM (KOKURIKULUM)

               (A)  PENGURUSAN KURIKULUM
                     1.   Mengajar sekurang-kurangnya 16 waktu seminggu.

                     2.   Menyelia kerja kursus (yang berkaitan) empat (4) waktu seminggu.
                     3.   Bertanggungjawab  kepada  PGB  dan  Guru  Penolong  Kanan  Tingkatan  Enam
                          berkaitan dengan pengurusan kokurikulum.
                     4.   Bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti kokurikulum sekolah.
                     5.   Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                          semasa.
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124