Page 152 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 152

144







               (A)  ASPEK PENTADBIRAN
                     1.    Menjalankan  tugas  pendaftaran  masuk/keluar  penghuni  asrama.  Contohnya,
                           membantu warden asrama dalam urusan pendaftaran dan penempatan penghuni

                           asrama.
                     2.    Membantu  merancang,  memantau  dan  mengemaskinikan  senarai  nama  dan
                           kedudukan/ pembahagian bilik penghuni asrama setiap masa.
                     3.    Memeriksa dan merekodkan maklumat penghuni asrama.
                     4.    Menyediakan laporan statistik bulanan dan tahunan penghuni asrama.
                     5.    Membantu memantau  salah  laku  penghuni  asrama  dengan menyediakan  laporan
                           kepada warden/GPK HEM (sekiranya perlu).
                     6.    Menerima  laporan  salah  laku  penghuni  asrama,  mendokumentasikan  dan
                           mengemukakan  kepada  pihak  atasan  serta  bertanggungjawab  ke  atas  disiplin

                           anggota di bawah jagaan.
                     7.    Menyedia  dan  merancang  jadual  tugas  dan  cuti  anggota  serta  membuat
                           perancangan dan kawalan kewangan asrama (pembelian/perolehan aset asrama).
                     8.    Mengurus  stok  dan  aset  di  asrama  termasuk  penerimaan,  pendaftaran,
                           penyimpanan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira aset.
                     9.    Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang berkaitan.


               (B)  ASPEK PERKHIDMATAN ASRAMA
                     1.    Bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci. Memberi dan menerima
                           kunci daripada penghuni asrama dan menyimpan di tempat yang disediakan.
                     2.    Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci.
                     3.    Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan asrama.
                     4.    Menyedia dan mengemaskinikan peraturan asrama dari semasa ke semasa.
                     5.    Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau penyediaan bilik asrama dan
                           kelengkapan asrama.
                     6.    Menyelaraskan penggunaan bilik asrama supaya digunakan secara optimum.

                     7.    Mengurus  penggunaan  kemudahan  penginapan,  makan/minum  dan  prasarana
                           asrama oleh pihak luar.

               (C)  ASPEK PENYELENGGARAAN FASILITI DAN ASET
                     1.    Memeriksa peralatan dan mengenal pasti keperluan kelengkapan asrama.
                     2.    Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan asrama.
                     3.    Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa.

                     4.    Memantau  dan  memeriksa  proses  kerja  pembersihan  di  asrama  oleh  syarikat
                           konsesi.
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157