Page 165 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 165

157







                            HM65 | Pembantu Kemahiran (SMP Khas/SMP Khas
                      Vokasional/Sekolah Sukan Malaysia/Sekolah Seni Malaysia)


                      RUJUKAN
                 i.   Penghuraian Tugas Pembantu Kemahiran di Kementerian Pendidikan Malaysia.

               Bertanggungjawab dalam tugas-tugas  sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang,
               membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan
               mekanikal,  pepasangan  elektrik,  sistem  elektrik,  sistem  perpaipan  dan  kumbahan  supaya
               sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

               (A)  ASPEK AWAM
                     (A1) BATU/SIMEN
                     1.    Memeriksa, melapor, menyelenggara dan melaksanakan pembaikan kerosakan cat,

                           dinding atau lepa dinding bangunan dan mengilap lantai.

                     (A2) KAYU
                     1.    Membuat pertukangan kayu seperti membuat pelan lakar atau reka bentuk perabot
                           mengikut pelan yang telah disediakan.
                     2.    Memeriksa,  melapor,  menyelenggara,  melaksanakan,  mengawasi  dan  menyiasat
                           kerja-kerja pemasangan pertukangan kayu, tanggam, kunci, tingkap, pintu, cermin,

                           genting dan penyelenggaraan bumbung bocor.

                     (A3) AIR
                     1.    Melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan pembaikan sistem serta komponen paip
                           air di dalam dan di luar bangunan, tangki air, sistem tandas, paip air utama, sluice
                           valve utama bekalan air, paip saluran najis, paip chlorination dan sistem kumbahan
                           yang tersumbat.
                     2.    Mengemaskinikan stok bekalan dan keperluan peralatan kerja.
                     3.    Menerima dan merekod aduan kerosakan dari pelanggan.

                     4.    Mengawasi dan menyelia dalam kerja-kerja pembaikan kecil.
                     5.    Merekodkan  butir-butir  kerja  pembaikan,  penyelenggaraan,  penggantian  dan
                           pemasangan  yang  dilaksanakan  mengikut  arahan  yang  diberi  dan  melaporkan
                           kepada pegawai penyelia.
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170