Page 164 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 164

156






                     6.    Memastikan radas yang telah digunakan dibersihkan dengan sempurnanya mengikut
                           prosedur ditetapkan.
                     7.    Memastikan  pembuangan  sisa  amali  dikendalikan  mengikut  prosedur  yang
                           ditetapkan.


               (E)  PENGURUSAN ASET/STOR MAKMAL SAINS
                     1.    Membantu Pegawai Aset mengurus aset dan stor makmal sains seperti berikut:
                           a.  mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains
                           b.  menyemak  rekod  setiap  radas,  bahan  dan  peralatan  di  makmal  sains  yang
                               dipertanggungjawabkan
                           c.  mengurus aset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih
                               Kerajaan  (TPA),  Tatacara  Pengurusan  Stor  Kerajaan  (TPS)  atau  arahan  dan
                               pekeliling yang berkuat kuasa

                     2.    Membantu  pegawai  aset  melaksanakan  pelupusan  aset  dan  bahan  sisa  seperti
                           berikut:
                           a.  mengenal pasti peralatan yang rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
                           b.  mengumpul  dan  menyenaraikan  maklumat  peralatan  dan  bahan  sisa  yang
                               dicadangkan  untuk  dilupuskan  mengikut  Tatacara  Pengurusan  Aset  Alih
                               Kerajaan  (TPA),  Tatacara  Pengurusan  Stor  Kerajaan  (TPS)  atau  arahan  dan
                               pekeliling yang berkuat kuasa.

                           c.  memohon      peruntukan     daripada    pihak    pentadbir    sekolah    bagi
                               melaksanakanpelupusan bahan sisa/bahan kimia.
                           d.  memastikan bahan sisa/bahan kimia/peralatan di kumpul/disimpan sementara di
                               stor bahan sisa/stor pelupusan.
                           e.  menghubungi kontraktor bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia
                               bagi mendapatkan sebut harga pelupusan.
                           f.  mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia secara berjadual dan mematuhi
                               peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
                           g.  mengurus  pelupusan  peralatan  mengikut  Tatacara  Pengurusan  Aset  Alih

                               Kerajaan  (TPA),  Tatacara  Pengurusan  Stor  Kerajaan  (TPS)  atau  arahan  dan
                               pekeliling yang berkuat kuasa.
                     3.    Melaporkan  kepada  ketua  jabatan/pegawai  aset  sekiranya  terdapat  kehilangan
                           aset/peralatan makmal sains.
                     4.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169