Page 166 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 166

158






               (B)  ASPEK MEKANIKAL
                     (B1) PERKHIDMATAN DALAM BANGUNAN
                     1.    Menyelenggara, membaiki dan memasang sistem penyaman udara jenis berasingan
                           dan jenis tingkap, menara penyejuk, sesalur udara, paip refrigerant  dan motor dan

                           sistem pengudaraan.
                     2.    Menyelenggara,  membaiki  dan  memasang  tangki  simpanan  air,  pam  kumbahan,
                           pemampat  udara,  paip  air,  overhead  crane,  mesin  peralatan  dalam  bengkel,
                           peralatan dapur, sistem pencegah kebakaran dan semua jenis pam dalam bangunan.
                     3.    Menyenggara,  membaiki,  memasang  dan  menguji  sistem  pendawaian  dalam  litar
                           kawalan, starter, compressor dan blower.
                     4.    Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan, pemasangan, pembaikan dan pengujian
                           sistem  penyaman  udara  jenis  berasingan  dan  jenis  tingkap,  menara  penyejuk,
                           sesalur udara, paip refrigerant dan sistem pengudaraan.

                     5.    Mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan, pemasangan, pembaikan dan pengujian
                           tangki  simpanan  air,  overhead  crane,  mesin  peralatan  dalam  bengkel,  peralatan
                           dapur, sistem pencegah kebakaran dan semua jenis pam dalam bangunan.
                     6.    Mengawasi  kerja-kerja  penyelenggaraan,  pemasangan,  pembaikan  sistem
                           pendawaian dalam litar kawalan, starter, compressor dan blower.

                     (B2) AUTOMOTIF

                     1.    Menyelenggara,  menguji,  membaiki,  mencuci,  mengganti  dan  memasang
                           komponen-komponen kenderaan/loji ringan yang  menggunakan enjin petrol/diesel
                           dan komponen-komponen bahan  api pada enjin jenis diesel;
                     2.    Menyenggara,  mengganti,  menampal,  membaiki  dan  memasang  tayar
                           kenderaan/loji yang menggunakan enjin petrol/diesel serta peralatan jentera berat;
                     3.    Mengawasi  kerja-kerja  penyelenggaraan,  pengujian,  penggantian,  pemasangan,
                           dan pembaikan kenderaan/loji ringan yang menggunakan enjin petrol/diesel.

                     (B3) JENTERA BERAT

                     1.    Menyenggara, menguji, membaiki, mencuci, mengganti dan memasang komponen-
                           komponen  kenderaan/  loji  ringan/  peralatan  jentera  berat  seperti  sub-assembly
                           hidraulic,  undercarriage  dan  gear  train,  sistem  penyejuk,  sistem  penghantaran,
                           sistem brek mengikut jadual atau kecemasan; dan
                     2.    Mengawasi kerja-kerja penyenggaraan, pengujian, penggantian, pemasangan dan
                           pembaikan  kenderaan/  loji  ringan/peralatan  jentera  berat  mengikut  jadual  atau
                           kecemasan.
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171