Page 208 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 208

200






               8.    Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat dalam membangun potensi
                     murid.
               9.    Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual dan takwim yang ditetapkan.
               10.  Menyemak dan mengesahkan kehadiran ahli.

               11.  Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
               12.  Memastikan undang-undang berkaitan unit kokurikulum dipatuhi.
               13.  Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah,
                     PPD/JPN.
               14.  Mengurus  penyertaan  murid-murid  dalam  kegiatan  di  peringkat  sekolah/daerah/negeri/
                     kebangsaan/antarabangsa dalam pertandingan, lawatan atau projek yang dijalankan.
               15.  Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
               16.  Mengurus surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
               17.  Melaporkan  dan  merekodkan  keputusan  pertandingan  yang  disertai  dari  semasa  ke

                     semasa.
               18.  Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
               19.  Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baiknya.
               20.  Menentukan  peralatan  dan  kemudahan  sentiasa  dalam  keadaan  baik,  selamat  dan
                     mencukupi untuk digunakan.
               21.  Mendaftarkan unit kokurikulum dengan pihak berkaitan (jika ada).
               22.  Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan murid.

               23.  Menilai    prestasi   pasukan    sekolah   dan    mengambil     langkah-langkah    untuk
                     mempertingkatkan pencapaian.
               24.  Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
               25.  Melaksanakan pentaksiran kokurikulum.
               26.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213