Page 205 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 205

197





                                                       2.2.4


                                           KOMPONEN KOKURIKULUM


                                             PM16 | Setiausaha Sukan


                      RUJUKAN
                   i.  Buku Panduan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, KPM Tahun 2007.

                  ii.  Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah, Bahagian Sukan

                      KPM, Mei 2010.
                  iii.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16 Tahun 2010 : Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)


                  iv.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 1995 : Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan
                      Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan
                  v.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 1989 : Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan di Sekolah


                  vi.  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bilangan  9  Tahun  2000  :  Panduan  Keselamatan  Diri  Pelajar  Semasa
                      Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam Dan
                      Di Luar Kawasan Sekolah
                 vii.  Tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2000 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar

                      Semasa  Pengajaran  Pendidikan  Jasmani  dan  Kesihatan  Serta  Kegiatan  Kokurikulum  dan  Sukan  Di
                      Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah
                 viii.  Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2016 : Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan

                      Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

               1.    Menyelaraskan dan menyelia aktiviti sukan sekolah dalam bidang olahraga dan sukan di
                     peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
               2.    Menyediakan  takwim  aktiviti  sukan  sekolah  berdasarkan  aktiviti  MSSS  Kebangsaan,
                     Negeri, Daerah dan Zon.
               3.    Menyelaraskan latihan rumah sukan.

               4.    Menyelia klinik olahraga untuk guru dan para murid.
               5.    Mengurus, mencatat dan merekod inventori peralatan dan kemudahan sukan sekolah.
               6.    Mengurus  bilik  sukan  dan  mengemas  kini  stok  peralatan  sukan  bersama  ketua  rumah
                     sukan, pengurus dan jurulatih pasukan sekolah.
               7.    Merancang dan menyelia sukan tahunan sekolah, hari merentas desa dan sukantara.
               8.    Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul
                     serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.

               9.    Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah
                     sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan dan sebagainya.
                     Mengandungi:
                     a.    Tarikh
                     b.    Jenis pertandingan/perlawanan
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210