Page 210 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 210

202





                               BAB 3 : PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA


                                           SEKOLAH MENENGAH KPM




               Bab 3 menjelaskan senarai tugas/perincian tugas bagi setiap jawatankuasa yang diwujudkan di
               Sekolah Menengah KPM.

               Bilangan  jawatankuasa  yang  dicadangkan  dalam  buku  ini  telah  diminimumkan  berdasarkan
               fungsi  bukan  berdasarkan  program.  Namun  begitu,  fungsi  asal  setiap  jawatankuasa  yang
               digabungkan masih dikekalkan.


               Jawatankuasa yang dicadangkan dalam buku ini ialah jawatankuasa yang perlu diwujudkan di
               sekolah,  namun  begitu  terdapat  jawatankuasa  yang  hanya  diwujudkan  di  sekolah  tertentu
               berdasarkan fungsi dan program yang ada di sekolah. Pihak sekolah boleh mempertimbangkan
               untuk  menambah  jawatankuasa  lain  bagi  pelaksanaan  subkomponen  tertentu  sekiranya  ada
               keperluan dan mempunyai bekalan sumber manusia yang mencukupi.

               Jawatankuasa di sekolah boleh dikategorikan kepada empat (4) kumpulan mengikut komponen
               pengurusan di sekolah iaitu:

               a)     Komponen Pengurusan dan Pentadbiran
               b)     Komponen Kurikulum
               c)     Komponen Hal Ehwal Murid
               d)     Komponen Kokurikulum

               Setiap  komponen mempunyai  jawatankuasa  pengurusan  utama  dan  beberapa  jawatankuasa
               yang  lain.  Jawatankuasa  pengurusan  utama  adalah  jawatankuasa  yang  mesti  diwujudkan  di

               semua sekolah (termasuk Sekolah Kurang Murid) seperti berikut:
               a)     Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (JM01)
               b)     Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum (JM21)
               c)     Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid (JM25)
               d)     Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum (JM30)

               Jawatankuasa  ini  perlu  bermesyuarat  sekurang-kurangnya  dua  (2)  kali  setahun  dengan
               dipengerusikan  oleh  PGB.  Pihak  sekolah  perlu  melantik  seorang  Setiausaha  Jawatankuasa
               (PR06) bagi setiap jawatankuasa pengurusan utama.
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215