Page 84 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 84

76






                     2.    Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Guru
                           Sesi Petang.
                     3.    Membantu  mengurus,  menyelaraskan  kutipan  serta  menganalisis  data/maklumat
                           dan perangkaan.

                     4.    Membantu merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan
                           belanjawan.
                     5.    Membantu,  merancang  dan  melaksanakan  program  lawatan  dan  perhubungan
                           dengan pihak luar.
                     6.    Membantu  PGB  dalam  semua  aspek  perancangan  dan  pengurusan  sekolah  sesi
                           petang.
                     7.    Membantu merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan
                           murid sesi petang.
                     8.    Membantu  mengurus  dan  mengawal  selia  penyelenggaraan  fizikal  dan

                           pengoperasian bilik-bilik khas.
                     9.    Membantu GPK yang lain mengawal selia pengoperasian bidang pengurusan tugas
                           khusus masing-masing berkaitan guru dan murid sesi petang.
                     10.  Membantu merancang dan menyelia program-program pengurusan kurikulum, HEM
                           dan kokurikulum.
                     11.  Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK yang lain.


               (B)  PENGURUSAN KURIKULUM
                     1.    Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan PdP sesi petang.
                     2.    Membantu merancang dan melaksanakan program panitia bagi meningkatkan tahap
                           profesionalisme guru dan pencapaian murid sesi petang.
                     3.    Membantu merancang dan menyelaraskan jadual waktu PdP bagi kelas dan guru
                           sesi petang supaya PdP dilaksanakan dengan terancangnya dan berkesannya.
                     4.    Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan pencerapan dan tindakan
                           susulan bagi peningkatan kualiti guru sesi petang.
                     5.    Membantu merancang dan mengesahkan semakan hasil kerja murid sesi petang

                     6.    Membantu merancang dan mengelola pengurusan pusat sumber sekolah.
                     7.    Memastikan PdP dilaksanakan mengikut pekeliling berkuat kuasa.

               (C)  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                     1.    Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program disiplin murid sesi
                           petang.
                     2.    Membantu  merancang  dan  memantau  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling

                           murid sesi petang.
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89