Page 81 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 81

73






                     4.    Memastikan  langkah-langkah  berkaitan  kesihatan,  kebersihan  dan  keselamatan
                           murid semasa datang ke sekolah, berada di sekolah dan balik dari sekolah sentiasa
                           dilaksanakan.
                     5.    Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan kebajikan dan bantuan murid.

                     6.    Merancang,  melaksanakan  dan  memastikan  pelibatan  warga  sekolah  dalam
                           Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah, daerah, negeri
                           dan kebangsaan,
                     7.    Memastikan  pengoperasian  program  bimbingan  dan  kaunseling  dilaksana  dan
                           direkodkan.
                     8.    Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan buku teks merangkumi tempahan,
                           penerimaan, agihan, penyimpanan stok, pelupusan dan pengurusan Bilik Operasi
                           Buku Teks (BOSS).
                     9.    Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab

                           Doktor Muda dan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
                     10.  Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan pengurusan asrama.
                     11.  Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam program
                           penerapan  nilai,  pembangunan  modal  insan  dan  kenegaraan  peringkat  sekolah,
                           daerah, negeri dan kebangsaan.
                     12.  Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan perhubungan luar melibatkan
                           agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

                     13.  Mengurus  dan  menyelaraskan  tugas-tugas  berkaitan  Pengurusan  Sistem  Rumah
                           (SBP sahaja)
                     14.  Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan kantin dan kedai buku
                           sekolah.



                                  HM04 | Guru Penolong Kanan Kokurikulum

                      RUJUKAN
                   i.     Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan
                  ii.     Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran
                       Bilangan 3/1967
                  iii.     Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 1984 : Garis Panduan Mengenai Aktiviti dan Kebudayaan di
                       Sekolah
                  iv.     Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 1986 : Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Ko-
                       kurikulum Pelajar
                  v.     Surat  Pekeliling  Ikhtisas  KPM  Bilangan  2  Tahun  2007  :  Peruntukan  Waktu  untuk  Kegiatan
                       Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah.
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86