Page 82 - MySG_Menengah_Final_Garis_Panduan_Tadbir_Urus_Sekolah_Menengah_KPM
P. 82

74






                  vi.     Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan
                       Lepasan Diploma
                 vii.     Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2009 : Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti
                       Aktiviti/Program Rawatan di luar Waktu Persekolahan.
                 viii.     Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2018 bertarikh 7 Jun 2018 : Garis Panduan Perwakilan
                       Kuasa  daripada  Ketua  Pendaftar  Institusi  Pendidikan  dan  Guru  kepada  Pendaftar  bagi  Kelulusan
                       Permohonan oleh Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid, Guru dan Institusi Pendidikan
                       Kementerian Pendidikan Malaysia.

                              TUGAS UTAMA (UMUM)             sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran
                                                             (HM02)

                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)            adalah seperti berikut:






               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Menyedia  dan  melaksanakan  perancangan  strategik  sekolah  dan  pengurusan
                           takwim sekolah berkaitan kokurikulum.
                     2.    Merancang,  mengurus  dan  melaksanakan  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan
                           Kokurikulum Sekolah.
                     3.    Mengurus,    menyelaraskan      kutipan   serta    menganalisis    data/maklumat

                           dan perangkaan berkaitan pengurusan kokurikulum.
                     4.    Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan
                           berkaitan pengurusan kokurikulum.
                     5.    Merancang  dan  melaksanakan  program  lawatan  dan  perhubungan  dengan  pihak
                           luar.
                     6.    Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
                     7.    Merancang  dan  melaksanakan  latihan/kursus  kemahiran  berkaitan  bidang
                           kokurikulum untuk guru dan murid.
                     8.    Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik

                           khas berkaitan pengurusan kokurikulum.
                     9.    Membantu merancang dan menyelia program pengurusan kurikulum dan HEM.
                     10.  Mengurus hal-hal berkaitan protokol dan etiket sosial.
                     11.  Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB, GPK Pentadbiran dan GPK
                           HEM.
                     12.  Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama
                           (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JM29)
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87