Page 120 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 120

MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                            SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022


               PELAKSANAAN PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

               1.   Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut:

                   1.1  PENGURUSAN AKTIVITI MURID

                   •   Data dan rekod murid hadir ke sekolah (berjalan kaki, bermotosikal, bas sekolah, van sekolah, dihantar oleh
                       penjaga dan sebagainya).
                   •   Mempamerkan tatacara keselamatan pergi dan balik sekolah.
                   •   Rekod pemeriksaan berkala ke atas kenderaan yang digunakan oleh murid ke sekolah seperti basikal dan motosikal.
                   •   Mematuhi  prosedur  dan  peraturan  keselamatan  yang  ditetapkan  oleh  pihak  berkuasa  seperti  jaket  pantul
                       cahaya, topi keledar, cukai jalan dan lain-lain.
                   •   Menetapkan laluan pejalan kaki, laluan dan pakir kenderaan murid.
                   •   Menetapkan tempat mengambil dan menurunkan pemumpang (bas dan kenderaan penjaga murid).
                   •   Kawal selia waktu datang dan pulang pelajar.
                   •   Ada arahan-arahan keselamatan semasa murid berada di pondok menunggu bas dan sebagainya.

                   1.2  PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan fizikal sekolah.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan pendawaian elektrik.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan retikulasi air.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan paip-paip gas.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan sistem perparitan.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan system pembentungan.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan lanskap sekolah.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan tandas sekolah.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan peralatan bilik-bilik khas.
                   •   Rekod pemantauan, penyelenggaraan dan pelaporan padang dan gelanggang permainan.
                   •   Arahan keselamatan dipamerkan.
                   •   Penetapan kawasan larangan sekolah.

                   1.3 PENGURUSAN SOSIAL

                   •   Warga sekolah memahami dan mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kes-kes salah laku.
                   •   Ada peti aduan di sekolah.
                   •   Rekod salahlaku dan laporan kes untuk rujukan.
                   •   Program pencegahan untuk murid.
                   •   Program intervensi dan pemulihan untuk murid.
                   •   Sistem salah laku murid (SSDM).
                   •   Pemantauan Buku Panduan dan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia.

                   1.4 PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA

                   •   Mempamerkan tatacara berkaitan krisis/bencana (kebakaran, perubahan cuaca, ribut petir, kemarau, jerebu,
                       banjir dan lain-lain).
                   •   Pelan kesiapsiagaan yang lengkap.
                   •   Peralatan menghadapi krisis/bencana mencukupi.
                   •   Latihan menghadapi krisis/bencana.
                   •   Nombor  telefon  pihak  berkuasa  berkaitan  dipamerkan  (PDRM,  BOMBA  DAN  PENYELAMAT,  APM,
                       HOSPITAL dan lain-lain).
                   •   Ada kerjasama dengan pihak berkuasa.
                   •   Pematuhan Buku Peraturan dan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia.

                   1.5 PENGURUSAN RISIKO

                   •   Maklumat dan berkaitan lokasi berbahaya kepada murid dalam lingkungan perjalanan murid ke sekolah.
                   •   Panduan tindakan untuk warga sekolah adan ibu bapa ketika menghadapi kecemasan.
                   •   Kerjasama dengan pihak berkuasa.
                   •   Peringatan berkaitan keselamatan di luar kawasan sekolah dari semasa ke semasa.
                   •   Nombor telefon pihak berkuasa berkaitan dipamerkan.
                   •   Pelan kawasan berisiko.
                   •   Pematuhan Buku Peraturan dan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia.

                                                                                                          114

                  MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125