Page 123 - MANUAL PENGURUSAN SEKAYA 2022
P. 123
MANUAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMK TAMAN KOTA JAYA | 2022
3.3 Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat daripada ibu bapa /
penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak hadir termasuk surat doktor mesti
disimpan dalam fail bersama buku JKM.
3.4 Guru Tingkatan diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas surat-surat
dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa didalam borang yang dibekalkan.
3.4.1 Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada minggu pertama Februari. Bagi
murid tingkatan 2 – 5 nombor bilangan sekolah boleh dirujuk dalam Buku Daftar Murid tahun
sebelumnya.
3.4.2 Semak semua butiran untuk memastikan tiada berlaku kesilapan sebelum menyalin senarai nama dan
maklumat diri pelajar ke dalam JKM sebenar dan APDM.
3.4.3 Guru perlu mengisi kedatangan harian murid sendiri dalam sistem APDM selewat-lewatnya sebelum atau
pada pukul 9.00 pagi.
3.4.4 Guru Tingkatan hendaklah mencetak kehadiran bulanan murid melalui APDm pada akhir setiap bulan dan
diserahkan pada Penolong Kanan HEM.
3.4.5 Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke bulan hadapan.
3.4.6 Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya.
3.4.7 Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama mengikut abjad, (susunan murid lelaki
didahulukan, diikuti murid permpuan).
1. Guru tingkatan menandakan kedatangan dengan cara:
a) Tandakan:
/ untuk murid yang hadir
untuk murid yang tidak hadir
L untuk murid yang lewat
P untuk murid yang ponteng
untuk murid yang hadir dengan kenyataan.
b) Isikan jumlahkan kedatangan harian:
jumlah murid yang tidak hadir
jumlah murid yang hadir
jumlah murid sepatutnya dalam kelas
c) Pada akhir bulan:
jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaan
jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan
jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan
jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan
jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan berkenaan
menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang Ringkasan
menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang Ringkasan
menulis peratus kedatangan
menulis hitung panjang kedatangan
menulis bilangan murid yang masuk
menulis bilangan murid yang keluar
menulis bilangan murid pada akhir bulan
menulis hitung panjang ramai murid
tandatangan guru tingkatan
2. Semakan JKM akan dibuat oleh penyelia tingkatan pada akhir setiap bulan. Borang semakan diserahkan
kepada Penolong Kanan HEM.
3. Pembantu Tingkatan akan mengambil alih tugas guru tingkatan apabila guru tingkatan tiada di sekolah. Guru
tingkatan perlu memaklumkan kepada penyelia tingkatan sekiranya mempunyai maklumat awal ketiadaannya
di sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal rasmi. Dalam keadaan di mana kedua-dua guru tingkatan atau
penyelia tingkatan tiada di sekolah, Kaunselor akan mengambil alih tugas ini.
4. Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember
telah dilengkapkan semua nombor resit yuran dan pembayaran lengkap kemas kini semua ruang dalam
Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan ditandatangani.
5. Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan.
117
MERAIKAN KEPELBAGAIAN MENINGKATKAN KEBERHASILAN | SEKAYA 2022

