Page 46 - P. Moral SK Tahun 5 (Bahagian 1)
P. 46
UNIT UNIT
5 5
KUASA PUPUK AMALAN
MINDA BERBUDI PEKERTI MULIA
Baca dan fahami.
Eco Free Market
Daripada: xiaoyao@sskmail.com
Kepada: ryan1234@sskmail.com
Perkara: Eco Free Market
Menemui sahabatku, Ryan yang kini berada di Kampung Tirai, Sandakan,
Sabah. Semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Saudara,
Apa khabar? Tujuan saya menulis e-mel ini
adalah untuk berkongsi pengalaman berkunjung ke
Eco Free Market. Pernahkah saudara berkunjung ke
pasar sebegini? Di sana, kita boleh mengambil
apa-apa sahaja yang kita perlukan secara percuma.
Suasana di Eco Free Market sangat meriah. Pada
awal pagi lagi, saya dan keluarga sudah beratur
dengan tertibnya untuk memasuki kawasan pasar.
Semasa beratur, saya bertegur sapa dengan
komuniti di situ untuk menjalinkan silaturahim.
Semasa berjalan-jalan di pasar, saya tertarik akan sebuah beg sandang.
Saya meminta beg sandang itu daripada penyumbang barangan dengan
sopannya. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih atas pemberiannya.
Saya tidak mengganggu ibu bapa ketika mereka sedang berbual-bual dengan
penyumbang tersebut.
Saya sentiasa beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia semasa berinteraksi dengan anggota
masyarakat untuk mengekalkan hubungan yang
mesra. Saya berasa sangat gembira.
Sekian sahaja coretan saya buat kali ini.
Salam mesra.
Sahabatmu,
Xiao Yao
Hantar
40

