Page 47 - P. Moral SK Tahun 5 (Bahagian 1)
P. 47

UNIT                                                                                          UNIT
 5                                                                                               5




                 Xiao Yao
                 Daripada:      ryan1234@sskmail.com
                 Perkara:       Pasar Tamu
                                    Menemui sahabatku, Xiao Yao, yang kini berada
                                    di Taman Ceria, Shah Alam. Semoga saudari sihat
                                    di samping keluarga tersayang.

                                    Saudari,
                                        Apa khabar? Saya berasa seronok membaca
                                    pengalaman saudari yang menarik di Eco Free Market.
               Saya juga hendak memperkenalkan pasar di sini
            kepada saudari, iaitu pasar tamu. Setiap hari Ahad,
            saya akan memakai baju yang sesuai bagi mengikut
            keluarga ke pasar tamu untuk membeli-belah. Pasar
            tamu bukan sahaja menjual barangan yang biasa
            dijual di pasar semenanjung, malah turut menjual
            pelbagai sayur kampung, hasil hutan, haiwan hidup,
            dan sebagainya. Saya sangat suka singgah di gerai
            menjual arnab untuk melihat arnab yang comel. Jika ada peluang, saya akan
            meminta izin daripada penjual arnab untuk membelai arnab atau bermain
            dengan arnab di situ.
               Saya suka membeli-belah di pasar tamu kerana harganya masih boleh
            ditawar lagi. Semasa  tawar-menawar dengan peniaga, saya sentiasa
            menggunakan nada suara yang sederhana dan menjaga tutur kata.
                                Perlakuan yang telah saya lakukan ini telah mengeratkan
                                hubungan saya dengan masyarakat di sini.
                                   Sekian sahaja untuk kali ini, sambutlah salam daripada
                                saya buat saudari dan keluarga di sana.
                                Sekian, terima kasih.                            Sahabatmu,
                                                                                         Ryan

             Hantar



               Senaraikan contoh amalan beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
               hidup bermasyarakat.
               Apakah perasaan kamu apabila dapat beradab sopan dengan masyarakat?
               Bincangkan kesan sekiranya amalan beradab sopan dalam hidup
               bermasyarakat diabaikan.



               5.1           Minta murid melakonkan perbualan melalui telefon untuk           41
              5.3            menceritakan pengalaman amalan beradab sopan dan berbudi
              5.4            pekerti mulia mereka dalam hidup bermasyarakat.     NOTA
                                                                                 GURU
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52