Page 54 - P. Moral SK Tahun 5 (Bahagian 1)
P. 54

UNIT
           5                   DUGA

                               AKAL                     MARI UJI DIRI


              Sejauh manakah kamu beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
              dalam hidup bermasyarakat? Bulatkan skor berdasarkan petunjuk.

                Petunjuk:      1 = Tidak Pernah     2 = Kadangkala          3 = Kerap


          Bil.                             Pernyataan                                     Skor
               Saya menggunakan ayat yang sopan apabila bertegur sapa
           1.                                                                          1    2   3
               dengan anggota masyarakat.
               Saya berasa gembira kerana dapat menjaga adab di meja makan
           2.                                                                          1    2   3
               dalam majlis perkahwinan.
               Saya berasa bangga kerana memakai pakaian yang sesuai ketika
           3.                                                                          1    2   3
               menghadiri majlis keramaian.
               Saya menjaga tutur kata semasa berinteraksi dengan anggota
           4. masyarakat walaupun dalam keadaan marah untuk mengelakkan                1    2   3
               perselisihan faham.
               Saya membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan anggota
           5.                                                                          1    2   3
               masyarakat yang sedang berbual.
               Saya menggunakan nada suara yang sederhana semasa
           6.                                                                          1    2   3
               berkomunikasi dengan anggota masyarakat.
               Saya memberikan perhatian sepenuhnya ketika ketua kampung
           7.                                                                          1    2   3
               sedang berucap dalam sesuatu majlis.
               Saya berpuas hati kerana dapat meminta maaf daripada anggota
           8.                                                                          1    2   3
               masyarakat atas kesilapan yang saya lakukan.
               Saya melayan tetamu dalam sesuatu majlis rumah terbuka dengan
           9.                                                                          1    2   3
               mesra untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.
               Saya memberikan senyuman kepada anggota masyarakat
          10.                                                                          1    2   3
               walaupun tidak kenal untuk mengeratkan hubungan.

           Jumlahkan skor yang kamu dapat.

          Jumlah skor                                    Penerangan
                           Syabas! Kamu sangat beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.
          21 hingga 30
                           Kamu perlu mengamalkannya secara konsisten.
                           Menunjukkan sikap beradab sopan dan berbudi pekerti mulia tetapi
          11 hingga 20     kamu perlu lebih kerap beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
                           dalam hidup bermasyarakat.
                           Tingkatkan lagi amalan beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
           0 hingga 10
                           dalam hidup bermasyarakat.


                       Refleksi Kendiri:
             48
             48
   49   50   51   52   53   54   55   56   57