Page 12 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5
P. 12
Analisis:
Jumlah minyak masak yang perlu dijual oleh pengeluar minyak masak kelapa sawit untuk mendapat
pulang modal adalah sebanyak 30 000 botol.
Jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos atau jumlah hasil cukup menampung jumlah kos.
Hal ini menunjukkan tiada keuntungan diperoleh dan tidak mengalami kerugian.
Kuantiti minyak masak kelapa sawit kurang daripada 30 000 botol akan menyebabkan perniagaan
mengalami kerugian.
Kuantiti minyak masak kelapa sawit lebih daripada 30 000 botol akan memberi keuntungan kepada
perniagaan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
(5 markah)
(c) Mengapakah perniagaan terus beroperasi walaupun mengalami kerugian dalam jangka pendek?
KBAT Menganalisis
Jumlah hasil masih mampu membiayai kos berubah atau menampung sebahagian kos tetap.
Kerugian kemungkinan lebih besar jika operasi diberhentikan manakala meneruskan operasi untuk
BAB 4 mengurangkan kerugian.
Perniagaan masih perlu menanggung kos tetap.
Perniagaan akan kehilangan pelanggan dan pelanggan beralih kepada pengeluar lain.
Imej perniagaan akan terjejas jika operasi diberhentikan.
Perniagaan terpaksa melatih tenaga pekerja semula jika operasi diteruskan semula.
(4 markah)
2. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Musa, pengusaha kedai membaiki kereta.
Encik Musa berkelulusan dalam bidang automotif daripada UiTM, Shah Alam, Selangor. Beliau memohon agar
alat-alat ganti kereta dibekalkan secara kredit oleh pembekalnya. Pembekalnya meminta beliau menyediakan
Penyata Kewangan perniagaan untuk diteliti sebelum membenarkan pembelian secara kredit.
Berikut adalah beberapa maklumat yang diambil daripada rekod perniagaan Encik Musa.
RM
Kos jualan 9 000
Untung bersih 10 000
Inventori pada 1 Julai 2020 5 000
Inventori pada 31 Jun 2021 4 000
Aset semasa 50 000
Liabiliti semasa 5 000
Modal pada 1 Julai 2020 50 000
(a) Tafsir analisis nisbah berikut:
(i) Pulangan atas modal
Langkah pengiraan:
Untung bersih
Pulangan atas modal = × 100%
Modal awal
RM10 000
= × 100%
RM5 000
= 20%
Analisis:
Bagi setiap RM1 modal yang dilaburkan, untung bersih yang diperoleh perniagaan Encik Musa ialah
20 sen.
(3 markah]
68
Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd 68 2/10/2022 10:32:02 AM

