Page 13 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5
P. 13

Bahagian C (Kajian Kes)

            Berdasarkan kes di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut.


              Perniagaan Kasutku menjalankan perniagaan membuat kasut di Balik Pulau, Pulau Pinang. Perniagaan ini telah
              ditubuhkan pada 1 Januari 2019 dengan modal peribadi sebanyak RM65 000 dan pinjaman sebanyak RM20 000.
              Operasi perniagaan Kasutku dibantu oleh 10 orang pekerja yang dibayar gaji antara RM1 200 hingga RM2 500
              seorang. Kasutku mendapat bekalan bahan mentah daripada pembekal secara kredit.


            Berikut adalah maklumat kewangan bagi perniagaan Kasutku pada 30 Jun 2021.
                                              Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2021

                   Aset Bukan Semasa                RM          RM    Ekuiti Pemilik                    RM
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                   Mesin                                      50 000  Modal awal                      65 000
                   Lengkapan                                  12 000  Tambah: Untung bersih           21 000
                   Alatan pejabat                             10 000                                  86 000
                                                              72 000  Tolak: Ambilan                   2 000

                   Aset Semasa                                        Modal akhir                     84 000
          BAB 4    Inventori bahan langsung      12 000               Liabiliti Bukan Semasa          20 000
                                                  8 000
                                                                      Pinjaman
                   Inventori barang siap
                   Akaun belum terima             3 000               Liabiliti Semasa
                   Bank                          20 000               Akaun belum bayar                7 500
                   Tunai                            900

                                                              43 900
                                                             115 900                                 115 900


                                      Analisis Nisbah Asas Kasutku dari tahun 2019 hingga 2020

                                                Nisbah                     2019        2020
                                Nisbah Kecairan
                                Nisbah semasa                             1.1 : 1      1.3 : 1
                                Nisbah Kecekapan
                                Pusing ganti stok                           1.2         1.4

                                Nisbah Untung
                                Peratus pulangan modal                     21%          25%


            Maklumat Tambahan:
            (i)  Inventori awal bahan langsung RM5 000
            (ii)  Inventori awal barang siap RM8 000
            (iii) Kos jualan RM28 000

              1.  Apakah kegunaan Kunci Kira-kira kepada perniagaan Kasutku?

                Mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan, aset perniagaan, aset semasa dan aset bukan semasa.
                Mengetahui jumlah tanggungan perniagaan, ekuiti pemilik, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa.

                Mengetahui tanggungan atau hutang perniagaan kepada pihak luar.
                Mengetahui komponen ekuiti pemilik menerusi modal yang disumbangkan, untung bersih atau rugi bersih
                daripada kegiatan perniagaan.
                                                                                                         (2 markah)




                                                               70




       Modul A+ Pnigaan Tg5 B4 3rd.indd   70                                                                  2/10/2022   10:32:02 AM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18