Page 16 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5
P. 16
Tahap Penguasaan Tafsiran
3 Mengaplikasikan aspek-aspek pemasaran dan jualan dalam sesebuah perniagaan.
Puan Naemah merupakan seorang usahawan jus minuman yang mengeluarkan pelbagai perisa jus asli.
Terangkan aspek-aspek pemasaran dan jualan dalam sesebuah perniagaan.
Aspek Huraian
Produk Produk yang dikeluarkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Mempunyai ciri-ciri kekuatan dan bentuk fizikal bagi produk yang ditawarkan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Promosi Satu proses, cara atau kaedah untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan
mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.
Tahap Penguasaan Tafsiran
4 Mencerakin aspek-aspek dan jualan dalam sesebuah perniagaan terkenal.
Baca maklumat berikut dan jawab soalan yang berikut.
Permintaan tudung pada masa kini amat memberangsangkan. Banyak usahawan menceburi perniagaan tudung
begitu juga dengan Cik Atirah. Cik Atirah merupakan pengeluar tudung terbesar di utara tanah air. Pelbagai jenis,
saiz dan warna tudung dipasarkan. Jualan tudung beliau mendapat permintaan yang tinggi kerana harga yang dijual
adalah murah dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Cik Atirah juga menjalankan perniagaan secara
dalam talian dan melalui ejen. Penjualan tudung sering diiklankan di akhbar tempatan dan media sosial. BAB 6
Anda dikehendaki mencerakinkan aspek-aspek pemasaran dan jualan dalam perniagaan tersebut.
Aspek Huraian
Produk Produk yang dikeluarkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Tempat Melalui media sosial dan ejen.
Promosi Memperkenalkan kepada orang ramai melalui akhbar dan media sosial.
Harga Penetapan harga penembusan pasaran, iaitu menawarkan harga jualan yang rendah.
113
Modul A+ Pnigaan Tg5 B6 2nd.indd 113 2/10/2022 10:35:18 AM

