Page 20 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5
P. 20
Bahagian C
[20 markah]
Jawab semua soalan.
10. Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut.
Encik Eusof mengusahakan warung menjual nasi lemak di Cheras bersama isterinya, Puan Eisha. Nasi lemak
mereka mendapat sambutan hangat daripada penduduk berdekatan dan juga pekerja pejabat di situ. Antara
tarikan warungnya ialah dia menjual pelbagai jenis sambal. Seorang pelanggan tetapnya mencadangkan agar
mereka mengusahakan penjualan sambal secara besar-besaran.
Idea ini telah mendorong Puan Eisha untuk membuat perubahan pada perniagaan mereka. Beliau
hendak mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih mencabar. Beliau mula menetapkan sasaran
©PAN ASIA PUBLICATIONS
untuk membawa produk mereka ke seluruh negara. Puan Eisha membina sebuah kilang kecil di belakang
rumahnya untuk membungkus sambal dengan menggunakan label ‘Sambal Kasih Ibu’.
Anak mereka, Fatima, mencadangkan agar ibunya membuat promosi yang agresif. Fatima juga telah
memperkenalkan ‘Sambal Kasih Ibu’ kepada kawan-kawannya. Usaha ini telah membuahkan kejayaan yang
amat memberangsangkan. Lantaran itu, Puan Eisha ingin membesarkan lagi perusahaan kecil mereka itu.
Perkembangan perniagaan hanya boleh dilakukan dengan adanya wang modal yang mencukupi. Fatima
membantu ibu bapanya menyediakan Rancangan Perniagaan kerana dia sedar kepentingan dokumen ini.
Mereka sepakat berikhtiar dan tidak akan berputus asa untuk mengejar kejayaan yang diimpikan selama ini
untuk membawa ’Sambal Kasih Ibu’ ke seluruh negara.
(a) Jelaskan bentuk perniagaan yang diusahakan oleh Encik Eusof di kampungnya.
Perniagaan milikan tunggal
Dimiliki dan diusahakan sepenuhnya oleh Encik Eusof dan keluarga.
(2 markah)
(b) Huraikan dengan jelas skala perniagaan yang disasarkan oleh Puan Eisha.
Skala domestik kebangsaan.
Menikmati pasaran yang lebih besar.
Menjual sambal ke seluruh negara.
Berharap dapat menikmati faedah ekonomi bidangan dengan mengeluarkan produk dalam skala besar.
(4 markah)
(c) (i) Mengapakah kejayaan Fatima menjual produk keluarga mereka ini telah mendorong Puan Eisha untuk
memperbesar lagi perniagaannya?
Kertas Model SPM Meramalkan kejayaan pada masa hadapan Kertas Model SPM
Puan Eisha sedar ada pasaran terhadap produknya
Puan Eisha sedar bahawa pengeluaran banyak akan membolehkannya menikmati faedah ekonomi
bidangan.
Puan Eisha percaya pada kejayaan fungsian promosi.
(4 markah)
141
Modul A+ Pnigaan Tg5 KM 2nd.indd 141 2/10/2022 10:37:44 AM

