Page 5 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 5
P. 5
1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi m.s. 26-28
Buku Teks
BAB 1 1. Lengkapkan jadual gaji dan upah berikut.
Gaji Upah
(a) Bayaran untuk pekerja tetap . (a) Bayaran untuk pekerja sementara .
(b) Dibayar bulanan secara tetap. (b) Dibayar ikut tempoh jam
atau hari bekerja.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
2. Urusan bayaran gaji yang sistematik dan adil penting untuk:
(a) Menarik minat pekerja untuk bekerja dalam organisasi.
(b) Mengekalkan pekerja yang berpengalaman.
(c) Memotivasikan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.
3. Penggajian melibatkan dua komponen utama, iaitu gaji asas dan faedah .
4. Gaji asas merujuk pada gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran
tambahan seperti elaun.
5. Faedah yang diterima oleh pekerja adalah seperti berikut:
Jenis Faedah Huraian
(a) Caruman KWSP Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mewajibkan caruman
dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja
(11%) setiap bulan.
(b) Pinjaman kewangan Majikan menyediakan pinjaman kewangan, seperti pinjaman perumahan dan
bayaran faedah adalah mengikut syarat yang ditetapkan.
(c) Insurans berkelompok Majikan membayar premium kepada insurans untuk
melindungi majikan dan pekerja terhadap risiko semasa
bekerja.
(d) Tempat penjagaan anak Kemudahan ini mengurangkan kebimbangan pekerja terhadap
keselamatan anak-anak mereka dan seterusnya dapat meningkatkan
produktiviti .
(e) Caruman PERKESO Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) mewajibkan majikan mengambil insurans
pampasan pekerja, iaitu majikan mencarum 1.25% dan
pekerja mencarum 0.5% daripada gaji bulanan pekerja.
(f) Bonus tunai Ini merupakan insentif yang dibayar secara tunai pada akhir tempoh tertentu
berdasarkan prestasi perniagaan.
(g) Kemudahan perubatan Diberikan kepada pekerja dan dibiayai oleh majikan. Terdapat
organisasi yang menghulurkan kemudahan ini kepada keluarga
pekerja mereka.
(h) Kemudahan keselamatan Persekitaran kerja yang selamat memberi keyakinan kepada
pekerja untuk bekerja.
6
Modul A+ Pnigaan Tg5 B1 5th.indd 6 2/10/2022 10:28:38 AM

