Page 17 - Modul A+1 Sejarah Tingkatan 5
P. 17
Kertas 2
Bahagian A
Masa: 2 jam 30 minit
(40 markah)
Jawab semua soalan Kertas Penillaian
1. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan menjadi teras dalam pemerintahan sesebuah negara. Sebelum
kedatangan penjajah, raja memerintah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal.
(a) Asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Undang-undang Negeri Melayu dan Undang-
undang Inggeris.
Jelaskan pengaruh Undang-undang Negeri Melayu.
F1 – Raja sebagai pemerintah.
F2 – Rakyat memberikan ketaatsetiaan.
F3 – Raja menentukan undang-undang dan sistem pemerintahan.
F4 – Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka mempengaruhi undang-undang bertulis negeri Melayu.
(3 markah)
(b) Pembentukan Perlembagaan Persekutuan dipengaruhi ciri-ciri tradisional dan moden.
Terangkan pelaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen yang termaktub dalam perlembagaan tersebut.
F1 – Pilihan raya memberi kebebasan kepada rakyat memilih pemimpin dan menubuhkan kerajaan.
F2 – Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya.
F3 – Pilihan raya Persekutuan memilih wakil untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
F4 – Pilihan raya negeri memilih wakil untuk membentuk Kerajaan Negeri.
(3 markah)
(c) Apakah tanggungjawab anda sebagai warga Malaysia untuk mematuhi setiap peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan?
F1 – Menghormati Perlembagaan Persekutuan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
F2 – Mematuhi kandungan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
F3 – Memastikan setiap kandungan Perlembagaan Persekutuan tidak disalah guna oleh pihak tertentu.
F4 – Menyedarkan rakan-rakan tentang kepentingan Perlembagaan Persekutuan.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
(4 markah)
2. Gambar berikut merupakan lambang kewujudan Kerajaan Persekutuan di negara ini.
(a) Kuasa pentadbiran negara terbahagi kepada dua, iaitu kuasa Kerajaan Persekutuan dan kuasa Kerajaan Negeri.
Terangkan maksud Kuasa Kerajaan Persekutuan.
F1 – Kuasa membuat undang-undang negara melalui Parlimen.
F2 – Kuasa pemerintahan terdapat dalam Senarai Persekutuan.
F3 – Kuasa meliputi skop kepentingan nasional.
F4 – Kuasa yang melibatkan aspek perkhidmatan.
(3 markah)
123
Modul A+ Sej Tg5 KP 4th.indd 123 12/31/2021 11:20:57 AM

