Page 19 - Modul A+1 Sejarah Tingkatan 5
P. 19
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bab 1 Kedaulatan Negara
TP Tafsiran
1 Menyatakan pengetahuan yang berkaitan dengan kedaulatan.
2 Menjelaskan pemahaman berkaitan dengan kedaulatan negara berserta contoh.
3 Membuat kronologi maklumat berkaitan kedaulatan negara.
4 Mencerakinkan maklumat yang berkaitan dengan kedaulatan negara.
5 Menjustifikasikan kedaulatan negara dalam mempertahankan hak dan maruah bangsa.
6 Menjana idea tentang cara mempertahankan kedaulatan negara dalam menghadapi cabaran globalisasi.
1. Nyatakan pentakrifan kedaulatan mengikut bahasa berikut. TP 1
(a) Supernuus/superanus: Bermaksud agung atau tertinggi iaitu negara yang bebas dan merdeka.
(b) Sovereignty: Bermaksud negara yang memiliki kuasa penuh terhadap pemerintahan. Lembaran PBD
2. Jelaskan maksud ciri-ciri sebuah negara berdaulat di bawah. TP 2
(a) Memiliki pemerintahan
F1 – Diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi.
F2 – Pemerintahan ini dijalankan secara teratur.
(b) Mempunyai sempadan
F1 – Merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
F2 – Merangkumi sempadan darat, laut dan udara.
F3 – Sempadan Malaysia diakui masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)
(c) Mempunyai perundangan
F1 – Menjadi asas kepada peraturan dan pemerintahan negara.
F2 – Penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat.
(d) Mempunyai rakyat
F1 – Merupakan penduduk sesebuah negara.
F2 – Terikat dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah.
3. Apakah bukti negara kita sebuah negara berdaulat? TP 2
F1 – Negara mempunyai pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
F2 – Mempunyai sempadan yang menjadi garis pemisah antara negeri dan antarabangsa.
F3 – Mempunyai perundangan iaitu Perlembagaan Persekutuan.
F4 – Mempunyai penduduk yang bersatu padu.
4. Apakah kepentingan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar? TP 4
F1 – Dapat menjalin hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain.
F2 – Dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
F3 – Menjamin kedaulatan negara.
MG-1
Modul A+ Sej Tg5 PBD (21) 4th.indd 1 12/31/2021 11:22:30 AM

