Page 20 - Modul A+1 Sejarah Tingkatan 5
P. 20
5. Bagaimanakah kerajaan mampu mengekalkan kedaulatan negara melalui pemupukan semangat patriotisme?
TP 5
F1 – Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum dan integrasi nasional.
F2 – Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar oleh kementerian dan agensi lain.
F3 – Merangka program dan kempen untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
F4 – Memperuntukan perbelanjaan yang mencukupi untuk program perpaduan kaum.
6. Jelaskan peranan rakyat dalam usaha memperkukuhkan pertahanan negara. TP 6
F1 – Peka terhadap isu keselamatan negara.
F2 – Mengelakkan diri daripada terjebak dengan pihak luar yang ingin menggugat keamanan negara.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
F3 – Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan negara.
F4 – Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
Lembaran PBD TP Memerihalkan pengetahuan yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tafsiran
1
2
Menjelaskan pemahaman berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan berserta contoh.
Mencerakinkan maklumat yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
4 3 Membuat kronologi maklumat berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
5 Menjustifikasikan kepentingan Perlembagaan Persekutuan sebagai simbol kedaulatan negara.
6 Menjana idea untuk menghayati semangat Perlembagaan Persekutuan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan? TP 1
Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan menjadi teras pemerintahan sesebuah negara.
2. Apakah bentuk undang-undang yang dilaksanakan di negeri Melayu? TP 2
F1 – Raja merupakan pemerintah.
F2 – Rakyat akan memberi ketaatsetiaan kepada pemerintah.
F3 – Raja menentukan undang-undang dan sistem pemerintahan.
F4 – Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka mempengaruhi undang-undang bertulis negeri Melayu lain.
3. Terangkan proses pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957. TP 3
F1 – Pembentukan Suruhanjaya Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
F2 – Disesuaikan dengan model Westminster dari Britain.
F3 – Dikuatkuasakan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
F4 – Menjadi asas kepada Perlembagaan Malaysia kini.
4. Mengapakah ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan penting? TP 4
F1 – Mengekalkan sistem pemerintahan berbentuk kesultanan atau pemerintahan beraja.
F2 – Kedudukan agama Islam berada di bawah kuasa raja negeri dan Yang di-Pertuan Agong.
F3 – Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
F4 – Kedudukan orang Melayu dan peribumi di bawah kuasa raja dan ketua peribumi terjamin.
MG-2
Modul A+ Sej Tg5 PBD (21) 4th.indd 2 12/31/2021 11:22:30 AM

