Page 9 - Modul A+1 Perniagaan Tingkatan 4
P. 9
B Trend Menurun
1. Trend ini memperlihatkan aktiviti atau operasi yang negatif
terjadi dalam perniagaan, iaitu operasi perniagaan semakin menurun dan
keuntungan semakin merosot .
BAB 2 2. Faktor dalaman yang bertanggungjawab dalam kegagalan perniagaan
termasuk pengurusan yang tidak cekap , sumber
Trend kurang mahir
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Menurun manusia yang , aktiviti pemasaran yang
tidak berkesan serta kurangnya kerja penyelidikan
dan pembangunan yang menghasilkan pembaharuan.
3. Perniagaan terjejas sebab faktor luaran di luar kawalan peniaga
termasuk keadaan ekonomi dunia, keadaan
politik yang kurang stabil ataupun ancaman
penyakit sehingga menyukarkan operasi perniagaan.
C Trend Mendatar
1. Persekitaran perniagaan yang mendatar memberi gambaran bahawa perniagaan berada dalam tahap yang
konsisten dan perkembangan perniagaan dalam keadaan malar .
2. Keadaan ini berlaku disebabkan tiada perubahan yang ketara dalam faktor dalaman dan faktor
luaran .
3. Peniaga perlu berusaha meningkatkan daya saing dengan membuat penambahbaikan
pada produk sedia ada atau menghasilkan produk baharu untuk mencari pasaran baharu.
Tanpa usaha ini, pasaran akan menjadi tepu, iaitu kuantiti jualan akan statik atau tidak
berubah.
D Pasaran
1. Pasaran merujuk pada suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli, pada suatu tingkat
harga dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Pasaran boleh berlaku secara bersemuka ataupun dalam talian , melalui e-dagang.
3. Secara amnya, pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Pasaran untuk semua • Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua
pengguna.
(Mass Market)
• Contoh: Sabun mandi dan beras
• Merujuk kepada semua jenis produk.
(b) Pasaran produk • Contoh: Makanan dan perumahan
(c) Pasaran kewangan • Produk berkaitan dengan kewangan.
• Contoh: Saham, sekuriti dan pelaburan
44
Modul A+ Pnigaan Tg4 B2 5th.indd 44 4/13/2022 9:08:17 AM

