Page 3 - 1202 Bank Soalan Matematik Tingkatan 5
P. 3

MESTI


                    TAHU         Definisi Penting






                Ubahan Langsung, Ubahan Songsang dan Pemalar          Prinsip Indemniti, Polisi dan Premium

                 •  Ubahan langsung menerangkan bahawa apabila keadaan   •  Prinsip indemniti diguna pakai dalam pembayaran
                  satu pemboleh ubah y bertambah, maka pemboleh ubah x juga   pampasan oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi.
                  bertambah pada kadar yang sama dan sebaliknya.
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                                                                       •  Polisi ialah dokumen yang mengandungi maklumat
                 •  Dalam ubahan songsang, pemboleh ubah y bertambah    berkaitan skop perlindungan, terma dan syarat serta
                  apabila pemboleh ubah x berkurang pada kadar yang sama dan   pengecualian dalam kontrak insurans.
                  sebaliknya.
                                                                       •  Premium ialah jumlah wang yang dibayar oleh pemegang
                 •  Pemalar ialah nilai sesuatu kuantiti yang tetap.    polisi kepada syarikat insurans untuk mendapatkan
                                                                        perlindungan insurans yang disediakan.








                Definisi Penting (Bab 1)  1  @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd.  Definisi Penting (Bab 3)  7  @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


                 Jenis-jenis Matriks                                  Percukaian dan Cukai Pendapatan
                •  Matriks ialah nombor-nombor yang disusun dalam baris dan   •  Percukaian ialah satu proses atau mekanisme yang
                  lajur untuk membentuk satu tatasusun segi empat tepat atau   digunakan oleh kerajaan untuk mengumpulkan hasil
                  segi empat sama.                                      (kewangan) daripada individu, syarikat dan entiti lain.
                •  Matriks yang mempunyai satu baris dinamakan matriks   •  Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan atas
                  baris.                                                pendapatan yang diperoleh individu bergaji atau sesebuah
                                                                        syarikat yang beroperasi di Malaysia.
                •  Matriks yang mempunyai satu lajur sahaja dinamakan
                  matriks lajur.
                •  Matriks yang mempunyai m baris dan n lajur dikenali
                  sebagai matriks peringkat m × n.

                •  Matriks yang diungkapkan dalam bentuk persamaan dikenali
                  sebagai persamaan matriks.


                Definisi Penting (Bab 2)  3  @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd.  Definisi Penting (Bab 4)  9  @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd.


                Risiko dan Insurans                                   Cukai Jalan, Cukai Pintu dan Cukai Tanah
                 •  Risiko ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak   •  Cukai jalan ialah cukai yang dikenakan terhadap pengguna
                  dapat dielakkan.                                      jalan raya yang memiliki kenderaan termasuk motosikal dan
                                                                        kereta.
                 •  Insurans ialah perjanjian antara pemegang polisi dengan
                  syarikat insurans bagi melindungi risiko tertentu berdasarkan   •  Cukai pintu dikenakan ke atas harta benda seperti rumah,
                  kontrak insurans dengan bayaran premium yang ditetapkan.  perindustrian dan tanah kosong. Ia juga dikenali sebagai
                                                                        cukai taksiran.
                                                                      •  Cukai tanah ialah cukai yang dikenakan terhadap pemilik
                                                                        tanah pertanian, tanah perusahaan dan tanah bangunan.









                Definisi Penting (Bab 3)  5  @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd.  Definisi Penting (Bab 4)  11  @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd.



         Mesti Tahu 1202BS Matematik Tg5.indd   1                                                             10/01/2022   4:14 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8