Page 15 - Grab Me PT3 Karangan
P. 15

146
                       ©PAN ASIA PUBLICATIONS
          Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat ketimuran dan mengamalkan nilai-nilai murni
          dalam pergaulan amat menyenangkan hati pihak luar. Berikan ciri-ciri orang yang berbudi
          bahasa terhadap orang lain.
          Tema:                Kata Kunci:                              Format:
          Budi bahasa          Ciri-ciri orang yang berbudi bahasa terhadap orang lain  Fakta
          Pendahuluan:  sikap rakyat Malaysia – terkenal dengan ketinggian budi pekerti menarik minat
          pelancong asing datang ke negara kita – rakyat Malaysia haruslah menunjukkan contoh yang baik
          Cadangan isi:
          1.  bersopan santun – bercakap lemah lembut dan tidak meninggikan suara walaupun dalam
            keadaan marah – penyabar dalam segala hal – tidak sombong semasa bergaul dengan orang lain
          2.  tidak mementingkan diri – bertolak ansur – tidak berkira atau mengharapkan balasan apabila
            memberikan bantuan – sumbangan tenaga, wang, masa dan material diberikan dengan ikhlas
          3.  bertimbang rasa terhadap semua orang – mendahulukan orang yang lebih memerlukan
            – contohnya, memberikan tempat duduk kepada ibu mengandung dan orang tua dalam tren
          4.  bersikap ramah walaupun terhadap orang yang baru dikenali – contohnya, membantu
            pelancong asing menunjukkan arah sesuatu destinasi – mudah diajak berunding apabila
            hendak membuat keputusan
          Penutup:  setiap warganegara Malaysia haruslah membuktikan bahawa kita mempunyai ciri-ciri
          orang yang berbudi bahasa
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19