Page 14 - Grab Me PT3 Karangan
P. 14
©PAN ASIA PUBLICATIONS
3. media massa juga memainkan peranan penting kerana sangat mempengaruhi kehidupan
masyarakat – pihak penerbitan boleh menyiarkan lebih banyak iklan yang menarik tentang
kepentingan penerapan nilai-nilai murni – selebriti juga tidak boleh berdiam diri kerana
para peminat mereka akan mencontohi sikap yang ditunjukkan olehnya – oleh itu, wajar
mempamerkan sikap yang baik dan disenangi oleh para peminat
4. pihak kerajaan perlulah menggubal undang-undang yang lebih ketat sekiranya remaja didapati
bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan – pihak swasta juga perlu turun padang
mempromosikan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” – secara tidak langsung, mengetahui
kepentingan berbudi bahasa – melahirkan nilai-nilai murni dalam diri
5. peranan rakan sebaya juga amat mustahak dalam memupuk nilai-nilai murni – banyak
meluangkan masa bersama rakan sebaya di sekolah atau di luar sekolah – justeru, kita wajarlah
memilih rakan yang berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni – rakan yang baik akan
membawa kebaikan
Penutup: kesimpulannya, nilai budi bahasa ini perlu diamalkan dalam keluarga, persekitaran
masyarakat, pendidikan, pentadbiran dan perkhidmatan awam – perhubungan yang baik antara
insan akan menjamin keharmonian dan keamanan sejagat
145

