Page 13 - Grab Me PT3 Karangan
P. 13
144
Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah. Namun demikian, amalan budi
bahasa dalam kalangan masyarakat kini semakin longgar. Huraikan langkah-langkah yang
harus diambil untuk memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri.
Tema: Kata Kunci: Format:
Budi bahasa Langkah-langkah yang harus diambil untuk memperkasakan Fakta
nilai-nilai murni dalam diri
Pendahuluan: amalan berbudi bahasa merupakan satu amalan yang menjadi budaya masyarakat
kita sejak dahulu lagi – generasi lama sangat mementingkan budi bahasa dalam kehidupan
bermasyarakat – arus kemodenan telah menyebabkan amalan ini semakin longgar – langkah-langkah
yang sewajarnya harus diambil untuk memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri
Cadangan isi: ©PAN ASIA PUBLICATIONS
1. ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan akhlak anak-anak mereka – guru
pertama bagi anak-anak ialah ibu bapa – mereka akan meniru apa-apa sahaja yang ditunjukkan
oleh ibu bapa – perlu menunjukkan sifat sopan santun dan budi pekerti yang baik – bagaimana
acuan begitulah kuihnya
2. pihak sekolah haruslah merancang aktiviti atau program yang berkesan agar objektif
kemenjadian murid yang seimbang dari semua aspek tercapai – contohnya, menganjurkan
pertandingan, perkhemahan, program motivasi yang menekankan semangat kerjasama antara
murid tanpa mengira, bangsa dan agama – dengan demikian, dapat membentuk nilai-nilai murni
dalam diri setiap murid – mewujudkan perpaduan yang erat

