Page 13 - 1202 Bank Soalan Kimia Tingkatan 4 KSSM
P. 13
Bahagian B
7. (a) Persamaan kimia berikut menunjukkan pembakaran karbon.
KLON
SPM
SPM
2C(p) + O (g) → 2CO(g)
2
Berdasarkan persamaan, berikan dua maklumat kualitatif dan satu maklumat kuantitatif. [3 markah]
(b) Hidrokarbon X terdiri daripada 82.75% karbon dan 17.25% hidrogen mengikut jisim. Jisim molekul relatif
hidrokarbon X ialah 58.
(i) Tentukan formula empirik hidrokarbon X. [4 markah]
(ii) Apakah formula molekul hidrokarbon X? [2 markah]
©PAN ASIA PUBLICATIONS
(c) Baja yang baik mengandungi peratusan nitrogen mengikut jisim yang lebih tinggi. Berikut ialah dua jenis baja.
Urea, CO(NH ) (NH ) PO 4
2 2
4 3
Bandingkan peratusan nitrogen mengikut jisim bagi kedua-dua baja. Kemudian, kenal pasti dan terangkan baja
manakah merupakan baja yang lebih baik. KBAT Mengaplikasi [6 markah]
[JAR: H = 1, C = 12, N = 14, O = 16, P = 31]
Bahagian C
8. (a) Jisim atom relatif satu atom unsur dibandingkan dengan atom piawai. KBAT Mengaplikasi
Dengan menggunakan idea di atas, tentukan: [4 markah]
(i) bilangan kali 2 atom bromin lebih berat daripada 5 atom oksigen.
[JAR: O = 16; Br = 80]
(ii) bilangan atom karbon yang mempunyai jisim yang sama dengan 2 atom kripton.
[JAR: C = 12; Kr = 84]
(b) Rajah 5 menunjukkan dua kaedah yang digunakan di dalam makmal untuk menentukan formula empirik sesuatu
sebatian.
Kaedah I Kaedah II
Penutup
Kuprum(ll) oksida
Pita
Gas hidrogen
magnesium
Mangkuk pijar kering
Tabung
pembakaran
Panaskan
Panaskan
Rajah 5
Bandingkan kedua-dua kaedah ini dengan merujuk kepada aspek yang berikut: KBAT Mencipta [6 markah]
• Kaedah yang digunakan untuk menentukan formula empirik logam oksida.
• Perubahan jisim awal bahan tindak balas dan jisim akhir hasil tindak balas.
• Mengapakah terdapat perubahan jisim pada bahan tindak balas dan hasil tindak balas?
(c) Pernyataan di bawah adalah tentang logam Y.
Logam Y terletak lebih tinggi daripada hidrogen dalam siri kereaktifan.
Huraikan satu eksperimen untuk menentukan formula empirik oksida logam Y. KBAT Mencipta [10 markah]
Jawapan anda hendaklah merangkumi prosedur eksperimen dan pengiraan formula empirik.
38 Soalan 7: Soalan 8:
TIP SOS (c) Pastikan anda menggunakan kata adjektif superlatif untuk (b) Rujuk siri kereaktifan untuk menentukan kaedah manakah yang harus
digunakan untuk menentukan formula empirik.
menerangkan perbandingan.
(c) Hanya gunakan anu dalam pengiraan. Anda tidak dibenarkan mereka
Soalan 8:
38 (a) Pertimbangkan formula sebarang data.
Bilangan atom P × JAR atom P =
Bilangan kali lebih berat × (bilangan atom Q × JAR atom Q)

