Page 6 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 5
P. 6
Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kegagalan menangani stres boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya,
sistem imun dapat mempertahankan tubuh daripada penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan
©PAN ASIA PUBLICATIONS
sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti
kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika individu tersebut sedang berhadapan dengan
masalah kesihatan, hal ini boleh memburukkan lagi keadaan. Justeru, penting untuk kita mengelakkan
diri daripada mengambil tugas di luar kemampuan. Sentiasalah berfikiran positif di samping sentiasa
belajar menghargai diri sendiri agar hidup lebih gembira.
Sumber: Internet
Perkataan Ayat
(i)
Perkataan Ayat
(ii)
Perkataan Ayat
(iii)
Perkataan Ayat
(iv)
4
Tahukah anda kata adjektif juga disebut sebagai kata sifat?
• Ada sembilan jenis kata adjektif.
• Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,atau perbuatan.
• Contoh kata sifat ialah baik, cantik, cerdik, tinggi, baharu, masin, laju dan kecil.
TIP SOS
1201 Tatabhs Tg5 B1 5th.indd 4 8/14/2021 2:40:17 PM

