Page 9 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 5
P. 9
Latihan 6
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan istilah manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Menurut Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), buli
siber ialah perbuatan membuli melalui teknologi digital. Buli siber ini lazimnya berlaku dalam
media massa, platform pesanan, platform permainan dan telefon bimbit. Buli siber juga merupakan
tingkah laku berulang-ulang yang berguna untuk menakut-nakutkan, memarahi atau memalukan mereka
yang menjadi sasaran pengganggu. Contohnya, menyebarkan pembohongan info atau menyiarkan gambar
yang memalukan seseorang di laman sosial, membawa mesej atau ancaman yang menyakitkan melalui
platform pemesejan, menyamar sebagai orang lain dan menghantar mesej yang pelik.
Dipetik dan diubah suai daripada
Hentikan Buli Siber
Oleh Fadli Ali
Majalah Dewan Siswa Bil.11/2020
Petikan 2 ©PAN ASIA PUBLICATIONS
Perbuatan sambal bilis di Lenggong, Perak diusahakan oleh penduduk tempatan di Kampung Pulau
Cheri. Terdapat perusahaan membuat sambal bilis garing secara tradisional dan turun temurun. Bagi
menghasilkan sambal bilis yang enak, bawang digunakan sebagai bahan masakan kerana bahagian yang
berbeza-beza tumbuhan ini menghasilkan rasa yang unik. Bawang ros sangat manis dan digunakan untuk
kenaikkan aroma. Jikalau diratah begitu sahaja, bawang ini sangat sedap dan rangup. Oleh kerana itu,
bawang ini menjadi pilihan dalam pembuatan sambal garing ini. Secara keseluruhanya, sambal bilis yang
terhasilkan ini menjadi hidangan utama dan hidangan sampingan kepada penggemarnya.
Dipetik dan diubah suai daripada
Menikmati Kegaringan Sambal Bilis Lenggong, Perak
Oleh Ahmad Safarman Dollah
Majalah Dewan Budaya Bil. 8/2020
48
Calon perlu peka;
• kesalahan istilah ialah kesalahan penggunaan perkataan yang tidak tepat dalam ayat seperti memberikan ucapan (✗), menyampaikan ucapan (✓),
membaca pantun (✗), melafazkan pantun (✓).
• perkataan yang diuji juga adakalanya mempunyai kesalahan istilah dari segi penggunaan istilah seperti maksima (✗), maksimum (✓), minima (✗)
minimum (✓).
• terdapat juga kesalahan bahasa, iaitu kesalahan tatabahasa yang menggunakan perkataan oleh kerana itu (✗), oleh sebab itu (✓).
TIP SOS
1201 Tatabhs Tg5 B3 5th.indd 48 8/14/2021 2:42:02 PM

