Page 8 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 5
P. 8

Latihan Intensif

                 Latihan 1


                 Baca petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
                 Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
                 daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
                 tersebut.

                 Petikan 1
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS



                       Sebelum kita memahami maksud semangat kejiranan, kita perlu mengetahui berapa perkara asas
                   berkaitan dengan jiran. Menurut Kamus Dewan, jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan
                   rumah seseorang atau tetangga. Selain itu, hubungan kejiranan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan
                   orang sebelah-sebelah dan aktiviti yang dirancang sesama mereka. Oleh yang demikian, hubungan
                   kejiranan merupakan aktiviti sosial sesama jiran tetangga sama ada yang bersifat sambil lalu dan akrab.
                   Hubungan bersifat sambil lalu bermaksud tahap kenal-mengenal yang paling minima seperti bertegursapa
                   tanpa mengenal diri dan keluarga jiran tersebut secara dekat.

                                                                                    Dipetik dan diubah suai daripada
                                                               Semangat Kejiranan dalam Masyarakat Melayu Tradisional
                                                                        Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, KBSM
                                                                                        Dewan Bahasa dan Pustaka






                 Petikan 2



                   Wartawan  : Saya difahamkan bahawa inilah kali pertama majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang terbesar
                               pernah diadakan. Apakah objektif Rumah Terbuka ini, Dato’?
                   Dato’ Kadir : Ada tiga objektif utama. Pertamanya, untuk mengeratkan tali silaturahim di
                               kalangan rakyat Malaysia. Melalui majlis ini, pengharapan rakyat dapat bertemu dan
                               berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Keduanya, menarik pelancong datang di negara kita.
                               Oleh kerana itu, pelbagai acara yang menarik akan diadakan.
                   Wartawan  : Bagi mencapai objektif tersebut, apakah pengisiannya Dato’?
                   Dato’ Kadir : Pelbagai aktiviti yang dirancang untuk menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri. Di antaranya
                               termasuklah aktiviti persembahan kebudayaan tradisional daripada pelbagai kaum.


                                                                                    Dipetik dan diubah suai daripada
                                                                                          Rumah Terbuka Malaysia
                                                                        Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, KBSM
                                                          Kementerian Pendidikan Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka







                                                                                                               39
                Soalan penyuntingan terdapat dalam soalan 3, Sistem dan Aplikasi Bahasa.
                •  Kesalahan bahasa merangkumi pelbagai bentuk kata seperti kata hubung, kata bilangan, kata majmuk, kata penguat dan sebagainya.
                •  Ejaan perlu diberikan perhatian, sama ada kata nama am atau kata nama khas.                 TIP SOS
                •  Penggunaan kata sendi dan kata arah juga mempunyai perbezaannya.





       1201 Tatabhs Tg5 B3 5th.indd   39                                                                   8/14/2021   2:42:01 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13