Page 13 - Praktis Topikal A+ RBT Tg3
P. 13
6. Susun mengikut urutan yang betul proses penyelesaian masalah inventif dengan menulis 2, 3, 4
dan 5 pada petak yang disediakan. Langkah 1 dan 6 telah diberikan.
Buat analisis berantai punca-kesan untuk mengenal pasti punca masalah.
Pilih prinsip inventif yang sesuai.
Bina model fungsi dengan garisan interaksi untuk menunjukkan kedudukan punca
@PAN ASIA PUBLICATIONS
masalah.
Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran. 6
Tentukan jenis percanggahan fizikal dengan kaedah pemisahan yang sesuai.
Kenal pasti masalah inventif. 1
[4 markah]
7. Berikut adalah justifikasi pereka bentuk ketika memilih teknologi yang akan diaplikasikan pada
reka bentuk produk.
A Tujuan penggunaan teknologi
B Fungsi teknologi
C Kekuatan dan kelemahan teknologi
D Aplikasi teknologi yang dipilih
Padankan justifikasi pereka bentuk produk dengan menulis A, B, C dan D pada petak yang
disediakan.
Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan masalah
yang terdapat pada produk sedia ada.
Menggabungkan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai dan tepat semasa
proses menghasilkan reka bentuk produk baharu.
Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk baharu yang unik,
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan serta mampu bersaing dengan
produk lain yang terdapat dalam pasaran.
Memilih teknologi yang sesuai akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pelanggan pada produk sedia ada dalam pasaran.
[4 markah]
24
PT PA21 RBT Tg3 B2 6th.indd 24 7/28/2020 4:02:12 PM

