Page 22 - MANUAL PENGURUSAN SKBBD 2021
P. 22
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN
E
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. G”
No. Telefon : 04-9199671 No. Fax : 04-9199671 Email : skbbd.ppdkp@gmail.com
PERATURAN AM GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN
1. Pakaian Guru Semasa Bertugas
◊ Guru-guru adalah wajib mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1985, Surat Pekeliling Iktisas Bil.7/2001
dan Surat Pekeliling Iktisas Bil.9/2013. Pakaian perlulah kemas dan sesuai serta tidak mencolok mata.
Tanda nama adalah wajib.
2. Waktu Rasmi Persekolahan
◊ Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual persekolahan.
◊ Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali diarah
menjalankan tugas rasmi di luar.
◊ Guru-guru dikehendaki daftar masuk waktu datang dan daftar keluar waktu pulang melalui punch card di
pejabat.
◊ Guru bertugas di pintu pagar sekolah perlu berada di pintu masuk sekolah seawal 7.15 pagi menunggu
kehadiran murid sesuai dengan pelaksanaan Program Sekolah Penyayang.
3. Meninggalkan Kawasan Sekolah Sewaktu Bertugas
◊ Mana-mana guru/staf yang terpaksa meninggalkan sekolah, hendaklah mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Guru Besar/Penolong-Penolong kanan.
◊ Guru-guru dan staf sokongan yang mendapat kebenaran daripada Guru Besar dikehendaki Guru/ staf perlu
mengisi maklumat dalam buku keluar masuk di pejabat .
◊ Guru-guru dan staf sokongan yang mendapat arahan PPD/JPN/BTPN/MSSK/KPM mesti memaklumkan
kepada Guru Besar terlebih dahulu.
4. Cuti
◊ Semua Guru/Staf diminta meneliti kandungan Perintah AM Bab C mengenai cuti iaitu Cuti Tanpa Rekod,
Cuti Sambilan, Cuti Tanpa Gaji dan lain-lain.
4.1 Cuti Sakit
◊ Guru-guru dan staf sokongan yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah
memaklumkan kepada Guru Besar melalui tatacara berikut :
- menelefon
- pesanan ringkas melalui telefon bimbit
◊ Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut :
◊ Klinik Swasta – Sijil sakit dikeluarkan oleh doktor swasta boleh diterima jika ia memberi jumlah
cuti tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalender. Bagi Pegawai yang menerima rawatan
sebagai pesakit di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa
sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti yang tidak
melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalender.
◊ Sijil sakit perakuan doktor mesti diserahkan ke pejabat apabila datang bertugas kembali.
16
Manual Pengurusan 2021- SKBBD

